SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN

SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 1
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 2
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 3
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 4
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN
9 November 2024 | Kota Kinabalu, Sabah
Keprihatinan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membantu pelajar kurang berkemampuan diteruskan melalui Program Ziarah MADANI KPT@Sepanggar yang dilaksanakan pada 9 November yang lalu, dengan matlamat memastikan pelajar B40 tidak tercicir dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar hadir menyampaikan bantuan peranti berbentuk komputer riba serta kotak makanan kepada pelajar memerlukan dengan fokus utama memastikan akses pendidikan lebih baik.
Inisiatif ini dijayakan menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS), sebuah yayasan di bawah KPT yang ditubuhkan sejak 2021 untuk menyantuni kebajikan pelajar.
Menurut YB Datuk Ts. Mustapha, program kali ini melibatkan pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu.
Kesemua mereka turut melahirkan rasa syukur kerana bantuan tersebut membolehkan mereka mengikuti pengajian dengan lebih baik tanpa gangguan.
YPS, selain memberikan bantuan peranti, turut menyediakan sumbangan tunai RM1,000 bagi pelajar B40 yang menghadapi kesulitan membayar yuran pendaftaran.
Usaha ini jelas menunjukkan keprihatinan KPT dan YPS dalam memastikan tiada pelajar ketinggalan, sekaligus memperkukuh agenda Kerajaan MADANI dalam membina masyarakat yang berdaya saing dan inklusif melalui pendidikan. Program ini turut disertai oleh Cik Idura Yaakop mewakili Yayasan Perkasa Siswa.
 

AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK

AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK 1
AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK 2
“AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK”
Pada hari Isnin, 4 November 2024, kami mendapat berita tentang kehilangan seorang pelajar tahun ketiga Jurusan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Allahyarham Aeisy Iskandar bin Mazlan, yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diberikan kepada waris Allahyarham iaitu Puan Hasma Lela binti Latif (Ibu) di Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 5 November 2024.
Bantuan khairat kematian diserahkan oleh Mejar Khairul Amri bin Hasim, wakil dari Yayasan Perkasa Siswa.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini.

SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR UMK DITIMPA KEMALANGAN

SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR UMK DITIMPA KEMALANGAN 1
SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR UMK DITIMPA KEMALANGAN 3
SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR UMK DITIMPA KEMALANGAN
Pada 26 Oktober 2024, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudari Nurin Balqis binti Helmi , pelajar tahun 4 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kursus Sarjana Muda Sains Gunaan (jaminan makanan) di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang.
Saudari Nurin telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di lampu isyarat seksyen 9, Shah Alam pada 18 Oktober yang lalu.
Saudari Nurin telah mengalami kecederaan parah dengan mengalami patah tulang di kebanyakan anggota badan hingga memerlukan proses pembedahan dan rawatan rapi.
Atas tanda keperihatinan, sesi ziarah dan juga bantuan sumbangan telah diberikan oleh Prof Dr Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK dan turut disertai oleh Mejar Khairul Amri Hasim yang turut hadir mewakili pihak Yayasan Perkasa Siswa.
Semoga Saudari Nurin terus kuatkan semangat dalam menjalani proses rawatan dan kembali pulih seperti sedia kala InsyaAllah.
 

KPT AGIH BAUCAR BUKU MELALUI PORTAL MYSISWAPLACE MULAI 30 OKTOBER

KPT AGIH BAUCAR BUKU MELALUI PORTAL MYSISWAPLACE MULAI 30 OKTOBER
30 Oktober 2024 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS) telah memperkenalkan portal digital MySISWAPLACE.
Portal ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bertujuan untuk memperluas akses bantuan kebajikan dan geran bagi mahasiswa dengan lebih efisien dan pantas.

MYSISWAPLACE PLATFORM PENEBUSAN BAUCAR BUKU MADANI

MYSISWAPLACE
MySiswaPlace Platform Penebusan Baucar Buku Madani
Yayasan Perkasa Siswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan Platform MySiswaPlace.
Platform yang membolehkan pelajar IPT menebus Baucar Buku Madani dan membeli buku rujukan serta bahan bacaan dengan mudah dan pantas.
Platform ini bermula pada 30 Oktober 2024.
MySiswaPlace “Siswa One Stop Centre”

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Khas untuk Pelajar & Staf IPT/KPT
JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Berita Baik! Jimat BESAR dengan GMAT!
✅ Masukkan kod promo MYSISWAYPS di laman web https://bit.ly/GMAT-YPS
✅ Bandingkan Insurans Kereta dan Cukai Jalan Anda & Jimat Hingga 30%
✅ Bayar Kemudian dengan Atome dalam 3 Ansuran Mudah
✅ Pengguna Baru Atome Nikmati Diskaun RM15!
✅ Dapatkan Baucar RM30 Grab
Lebih Jimat Hanya Untuk Anda!
 

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN

NAHAS PELAJAR UiTM DUNGUN V3
NAHAS PELAJAR UiTM DUNGUN V3.2
NAHAS PELAJAR UiTM DUNGUN V3.1
NAHAS PELAJAR UiTM DUNGUN
Pada petang Rabu, 8 Oktober 2024, kami kehilangan seorang pelajar Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA Kampus Dungun, Terengganu Allahyarham Khairil Anwar Bin Jamaludin, yang telah meninggal dunia akibat terlibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diadakan di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Jumaat, 11 Oktober 2024.
Bantuan khairat kematian diserahkan oleh Encik Mohd Salahuddin Saufry Hamzah, Pegawai Tugas-tugas Khas, Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi kepada waris Allahyarham.
Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut adalah Ts. Dr. Mohammad Noor Jalil, Pengarah (Pusat Pembangunan Pelajar UiTM Shah Alam) dan En. Muhammad Adli bin Jamiri, Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa bagi menyampaikan sumbangan.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Khairil Anwar Bin Jamaludin.
Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN V2
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN V2.2
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN V2.1
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN
11 Oktober 2024, Muar Johor – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi santuni waris Allahyarham Muhammad Akmal, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan di UiTM Dungun yang maut kemalangan jalan raya pada 9 Oktober 2024. Nahas tersebut turut meragut nyawa dua orang lagi rakan Allahyarham yang juga merupakan pelajar UiTM Dungun.
Jenazah Allahyarham Muhammad Akmal yang merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik telah selamat dikebumikan pada 10 Oktober 2024 di tanah Perkuburan Kg Parit Baru, Muar, Johor.
Di kesempatan ini, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di samping menyampaikan sumbangan Bantuan Khairat Kematian oleh Yayasan Perkasa Siswa.
Sesi ziarah ini turut dihadiri bersama oleh Prof.Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi serta Yayasan Perkasa Siswa.
 

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN1
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN2
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN
Pada petang Rabu, 8 Oktober 2024, kami kehilangan seorang pelajar Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA Kampus Dungun, Terengganu Allahyarham Ku Adib Aizad bin Ku Azmi, yang telah meninggal dunia akibat terlibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diadakan di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Seri Pristana, Sungai Buloh pada Jumaat, 11 Oktober 2024. Bantuan khairat kematian diserahkan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa kepada waris Allahyarham. Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut adalah En Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa dan YBhg. Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bagi menyerahkan sumbangan.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ku Adib Aizad bin Ku Azmi. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA TIGA (3) PENUNTUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS DUNGUN

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA TIGA (3) PENUNTUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS DUNGUN

Warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tiga (3) penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu yang terlibat dalam insiden kemalangan semalam:
Allahyarham Khairil Anwar bin Jamaludin
Fakulti Perakaunan;
Allahyarham Ku Adib Aizad bin Ku Azmi
Fakulti Perakaunan; dan
Allahyarham Muhammad Akmal bin Md Tukirin
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman.
Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa
#MalaysiaMadani #YayasanPerkasaSiswa #kementerianpendidikantinggi #jabatanpendidikantinggi

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)