PROGRAM APA KHABAR MAHASISWA DI MELAKA
MELAKA, 3 November 2026 – Seramai 20 orang mahasiswa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandaraya telah menerima sumbangan bantuan Care4U daripada Yayasan Perkasa Siswa (YPS) menerusi Program Apa Khabar Mahasiswa: Patriotisme Diperkasa yang berlangsung pada 3 November 2026.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kebajikan mahasiswa serta membantu meringankan beban kewangan mereka sepanjang tempoh pengajian.
Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa dan YBrs. Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UiTM.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dan YPS dalam memperkasa kebajikan mahasiswa melalui bantuan bersasar, sekali gus memastikan kesejahteraan pelajar terus diberi perhatian. Diharapkan sumbangan yang disalurkan dapat memberikan manfaat kepada para penerima serta menyokong perjalanan akademik mereka ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI