HARI BIASISWA@KOMBES: LEBIH 50 MAHASISWA DI MELAKA TERIMA BANTUAN CARE4U YAYASAN PERKASA SISWA

HARI BIASISWA@KOMBES: LEBIH 50 MAHASISWA DI MELAKA TERIMA BANTUAN CARE4U YAYASAN PERKASA SISWA

AYER KEROH, MELAKA: Lebih 50 orang mahasiswa di Melaka menerima Bantuan Care4U Yayasan Perkasa Siswa (YPS) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membantu meringankan beban dan menjaga kebajikan mahasiswa yang memerlukan.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, yang juga merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, bersama Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka, bersempena Program Hari Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi 2026.

Turut hadir menyaksikan sesi penyampaian ialah Puan Marhanum binti M. Haniff, Setiausaha Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UTeM, serta Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, YPS.

Bantuan Care4U merupakan antara inisiatif YPS dalam memperkukuh jaringan kebajikan mahasiswa melalui penyampaian bantuan secara bersasar, khususnya kepada mahasiswa yang berdepan cabaran dan memerlukan sokongan.

YPS komited untuk terus memperkasakan kebajikan mahasiswa serta memastikan aspek kesejahteraan dan sokongan kepada golongan mahasiswa sentiasa diberikan perhatian sewajarnya.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

SESI ZIARAH YAYASAN PERKASA SISWA (YPS) DI LUMUT

SESI ZIARAH YAYASAN PERKASA SISWA (YPS) DI LUMUT

LUMUT, 15 September 2026 (Selasa) – Yayasan Perkasa Siswa (YPS), agensi rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), telah melaksanakan sesi ziarah prihatin di Lumut bagi menyantuni dua orang bakal pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang memerlukan sokongan dan perhatian.

Sesi ziarah ini melibatkan Fatin Farhana binti Khairi serta Muhammad Danish Hakim bin Mohd Jeffri Atam, yang diwakili oleh ibu beliau.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen YPS dalam memastikan kebajikan dan kelangsungan pendidikan siswa sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam membantu bakal pelajar daripada keluarga yang berdepan kekangan kewangan.

YPS terus komited untuk memperluas akses dan peluang pendidikan tinggi agar tiada pelajar yang tercicir daripada melanjutkan pengajian disebabkan faktor kewangan.

#YPSPrihatin #MalaysiaMADANI

ZIARAH PRIHATIN YAYASAN PERKASA SISWA DI PULAU PANGKOR

ZIARAH PRIHATIN YAYASAN PERKASA SISWA DI PULAU PANGKOR

PULAU PANGKOR – Yayasan Perkasa Siswa (YPS), agensi rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), meneruskan usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa menerusi Sesi Ziarah YPS di Pulau Pangkor.

Sesi ziarah ini melibatkan kunjungan kepada dua orang bakal pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), iaitu Siti Safiah binti Salih dan Intan Nurfarisya binti Rizal Azni Shah, yang memerlukan perhatian serta sokongan bagi persediaan melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen YPS dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian, selaras dengan aspirasi KPT untuk memperluas akses pendidikan tinggi yang inklusif dan memastikan tiada pelajar tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian disebabkan kekangan kewangan.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

YPS SANTUNI DUA MAHASISWA TERLIBAT KEMALANGAN

YPS SANTUNI DUA MAHASISWA TERLIBAT KEMALANGAN

KOTA BHARU – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa melalui penyampaian Bantuan Kemalangan kepada dua orang mahasiswa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sumbangan disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan YPS bagi membantu meringankan beban keluarga Mohd Safri bin Mohd Yaki, mahasiswa Politeknik Premier Kota Bharu (PKB) yang kini menerima rawatan di ICU Hospital Tanah Merah, serta Mohamad Hafifie Mohd Safikie, mahasiswa Ijazah Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Bangi yang turut terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga kedua-dua mahasiswa yang sedang berdepan detik penuh mencabar.

YPS mendoakan agar Mohd Safri dan Mohamad Hafifie diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

SEMBANG SANTAI BERSAMA DOCZAM: SANTUNI 1,000 ANAK PERAK DI UPSI

SEMBANG SANTAI BERSAMA DOCZAM: SANTUNI 1,000 ANAK PERAK DI UPSI

TANJUNG MALIM – Sesi Sembang Santai Bersama DocZam telah berlangsung meriah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersempena Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 pada 4 September 2026 lepas, melibatkan penyertaan kira-kira 1,000 orang anak Perak.

Dalam kesempatan ini, Yayasan Perkasa Siswa (YPS) turut menyantuni lapan (8) orang anak Perak yang berkeperluan melalui sumbangan Care4U sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap kesejahteraan mahasiswa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan YPS dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa diberi perhatian, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasa ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif dan prihatin.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

HARAPAN DI BUMI MANJUNG: YPS SANTUNI DUA BAKAL MAHASISWA

HARAPAN DI BUMI MANJUNG: YPS SANTUNI DUA BAKAL MAHASISWA

MANJUNG – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan inisiatif Ziarah Kasih dengan menyantuni dua bakal mahasiswa dari Manjung, Perak sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan persediaan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

Sesi ziarah melibatkan Nur Nadirah Nuraini binti Haisudeen, bakal mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, serta Auni Damia Qairawani binti Azhar, bakal mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM).

Nur Nadirah yang bakal mengikuti pengajian dalam bidang Perniagaan Pengurusan Perkhidmatan berdepan kekangan kewangan keluarga dan kini bekerja sambilan bagi membantu persediaan pengajian. Beliau turut memerlukan sebuah komputer riba bagi menyokong keperluan pembelajaran.

Sementara itu, Auni Damia merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan bakal mengikuti pengajian Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian di Fakulti Sains UPM. Beliau turut berdepan kekangan kewangan apabila bapanya tidak bekerja atas faktor ketidakupayaan, manakala ibunya merupakan suri rumah.

Inisiatif Ziarah Kasih YPS ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan tiada mahasiswa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi hanya disebabkan kekangan kewangan, di samping terus memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

ZIARAH KASIH YPS-USM: MENYEMAI HARAPAN, MENYANTUNI MAHASISWA

ZIARAH KASIH YPS-USM: MENYEMAI HARAPAN, MENYANTUNI MAHASISWA

PASIR MAS & KUALA KRAI, 31 Ogos 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus diperkasa menerusi Program Ziarah Kasih Yayasan Perkasa Siswa (YPS) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang menziarahi dua pelajar baharu USM di Pasir Mas dan Kuala Krai.

Kunjungan ke kediaman Rashid Ikbar Khan bin Khan Zada di Kampung Jiah, Pasir Mas serta Amiratul Amirah binti Azam di Kampung Laloh, Kuala Krai merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengenal pasti dan menyantuni mahasiswa yang memerlukan sokongan ketika melangkah ke alam pengajian tinggi.

Kedua-dua pelajar yang merupakan pelajar cemerlang STPM dan Calon Biasiswa Sulung USM turut menerima Bantuan Awal Pendidikan Tinggi (BAPT) daripada YPS serta Kit Pendaftaran Pelajar Baharu daripada USM sebagai sokongan awal bagi membantu memenuhi keperluan sepanjang tempoh pendaftaran dan permulaan pengajian.

Inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan Yayasan Perkasa Siswa dan institusi pendidikan tinggi dalam memperkukuh jaringan kebajikan mahasiswa, agar faktor sosioekonomi tidak menjadi penghalang kepada anak-anak Malaysia untuk mengejar cita-cita dan mencapai potensi mereka.

Sesi ziarah turut dihadiri oleh Encik Zulkifli Che Hussin, Pengurus Kolaborasi & Strategik Yayasan Perkasa Siswa, Encik Khairul Ithma Mahdi, Ketua Penolong Pendaftar BHEPA Kampus Kesihatan USM, serta Encik Ahmad Nazrul Alif Yahya, Penolong Pendaftar, Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan USM.

Kerana setiap langkah menuju menara gading wajar disambut dengan sokongan dan harapan.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

DEMI SEBUAH IMPIAN, YPS HADIR MENYANTUNI BAKAL MAHASISWI UNIMAP

DEMI SEBUAH IMPIAN, YPS HADIR MENYANTUNI BAKAL MAHASISWI UNIMAP

NIBONG TEBAL, PENANG – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan inisiatif Ziarah Kasih dengan menyantuni bakal mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arifah binti Azhari, yang bakal melanjutkan pengajian dalam Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam.

Arifah merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Kedua-dua ibu bapanya bekerja sebagai pekerja pembersihan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu, manakala lima orang adik-beradiknya masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

Sesi ziarah ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Encik Hirman bin Awang, bersama Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP, Prof. Madya Dr Mohamad Syahmie Mohamad Rasidi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan YPS dan UniMAP dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan bakal mahasiswa sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam membantu mereka melangkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih yakin dan bermakna.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

SANTUNAN KASIH, HARAPAN BAHARU BUAT BAKAL SISWA UTeM

SANTUNAN KASIH, HARAPAN BAHARU BUAT BAKAL SISWA UTeM

AYER KEROH, MELAKA – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan komitmen dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa terus diberi perhatian menerusi Sesi Ziarah Kasih bersama bakal pelajar yang memerlukan.

Sesi tersebut turut dihadiri Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, serta wakil Universiti Teknologi MARA (UTeM).

Menerusi sesi ini, Bantuan Awal Pendidikan Tinggi berjumlah RM1,500 disampaikan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga, khususnya dalam membuat persiapan awal sebelum melanjutkan pengajian di UTeM.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan YPS dalam memastikan faktor sosioekonomi tidak menjadi penghalang kepada anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pendidikan tinggi serta merealisasikan cita-cita mereka.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

ZIARAH KASIH YAYASAN PERKASA SISWA SANTUNI TIGA BAKAL MAHASISWA UPSI

ZIARAH KASIH YAYASAN PERKASA SISWA SANTUNI TIGA BAKAL MAHASISWA UPSI

IPOH – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan komitmen dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa diberi perhatian menerusi pelaksanaan Sesi Ziarah Kasih bagi menyantuni tiga bakal mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berdepan kekangan kewangan.

Sesi berkenaan melibatkan Lovely Sabana Augustine, bakal pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan; Siti Nurdianis Nordin, bakal pelajar Fakulti Pengurusan dan Ekonomi; serta Muhamad Ilias Danish, bakal pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Ketiga-tiga bakal mahasiswa berkenaan menerima sumbangan RM1,000 daripada YPS bagi membantu meringankan beban kewangan, khususnya dalam membuat persediaan awal pengajian serta keperluan pendaftaran bagi sesi akademik 2026/2027.

Lovely Sabana, anak bongsu daripada empat beradik, menetap bersama ibunya di Tumpat, Kelantan. Ibunya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan selain terlibat sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), manakala bapanya yang merupakan bekas anggota tentera telah meninggal dunia pada 2017.

Siti Nurdianis pula dibesarkan dalam keluarga berpendapatan tidak menentu dengan ibunya bergantung kepada pendapatan harian bagi menampung keperluan keluarga. Sementara itu, Muhamad Ilias Danish kehilangan tempat bergantung selepas kematian bapanya dan kini turut membantu ibunya dalam menyara keluarga.

Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban ketiga-tiga bakal mahasiswa berkenaan, di samping menyuntik semangat untuk mereka terus melangkah ke alam pengajian tinggi dengan penuh keyakinan.

YPS akan terus memperkukuh peranan sebagai “tentera barisan hadapan” dalam menjaga kebajikan mahasiswa melalui pendekatan turun padang dan intervensi secara langsung, khususnya kepada pelajar yang berdepan cabaran kewangan dan memerlukan sokongan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan YPS dalam memastikan tiada mahasiswa tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan tinggi hanya disebabkan kekangan kewangan, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkukuh kesejahteraan dan akses pendidikan tinggi yang inklusif.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2026 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)