HARI TERBUKA YAYASAN PERKASA SISWA 2026 PERKUKUH AGENDA PEMERKASAAN MAHASISWA

Yayasan Perkasa Siswa (YPS), sebuah agensi rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), telah menganjurkan Hari Terbuka YPS 2026 di Dewan Za’ba, KPT, Putrajaya pada 16 November 2026.

Program ini menghimpunkan lebih 200 orang mahasiswa menerusi pelbagai pengisian, antaranya penyerahan Bantuan Care4U, tajaan Program Pelajar, hadiah pertandingan Baucar Buku MADANI 2026, sesi MINDSCAPE Bersama Tokoh serta pameran rakan strategik.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha KPT; YBhg. Profesor Datuk Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; serta Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif YPS.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan YPS dalam memperkukuh kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan potensi mahasiswa melalui penyediaan sokongan serta peluang yang menyeluruh.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI