JELAJAH MYSISWAPLACE KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
SKUDAI, JOHOR: Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan Jelajah MySiswaPlace ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor semalam bersempena Minggu Mesra Mahasiswa UTM Sesi 2026/2027.
Dalam program tersebut, satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, Yayasan Perkasa Siswa, yang memberikan penerangan berkaitan inisiatif-inisiatif YPS serta kemudahan dan manfaat yang disediakan menerusi MySiswaPlace khususnya kepada mahasiswa baharu.
Jelajah ini menjadi platform untuk memperkenalkan peranan YPS serta memastikan mahasiswa mendapat akses kepada pelbagai inisiatif kebajikan, sokongan dan kemudahan yang dapat membantu melancarkan pengalaman mereka sepanjang berada di institusi pendidikan tinggi.
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI