DEMI SEBUAH IMPIAN, YPS HADIR MENYANTUNI BAKAL MAHASISWI UNIMAP
NIBONG TEBAL, PENANG – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan inisiatif Ziarah Kasih dengan menyantuni bakal mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arifah binti Azhari, yang bakal melanjutkan pengajian dalam Program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam.
Arifah merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Kedua-dua ibu bapanya bekerja sebagai pekerja pembersihan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu, manakala lima orang adik-beradiknya masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.
Sesi ziarah ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Encik Hirman bin Awang, bersama Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP, Prof. Madya Dr Mohamad Syahmie Mohamad Rasidi.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan YPS dan UniMAP dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan bakal mahasiswa sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam membantu mereka melangkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih yakin dan bermakna.
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI