HARAPAN DI BUMI MANJUNG: YPS SANTUNI DUA BAKAL MAHASISWA

MANJUNG – Yayasan Perkasa Siswa (YPS) meneruskan inisiatif Ziarah Kasih dengan menyantuni dua bakal mahasiswa dari Manjung, Perak sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan persediaan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

Sesi ziarah melibatkan Nur Nadirah Nuraini binti Haisudeen, bakal mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, serta Auni Damia Qairawani binti Azhar, bakal mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM).

Nur Nadirah yang bakal mengikuti pengajian dalam bidang Perniagaan Pengurusan Perkhidmatan berdepan kekangan kewangan keluarga dan kini bekerja sambilan bagi membantu persediaan pengajian. Beliau turut memerlukan sebuah komputer riba bagi menyokong keperluan pembelajaran.

Sementara itu, Auni Damia merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan bakal mengikuti pengajian Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian di Fakulti Sains UPM. Beliau turut berdepan kekangan kewangan apabila bapanya tidak bekerja atas faktor ketidakupayaan, manakala ibunya merupakan suri rumah.

Inisiatif Ziarah Kasih YPS ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan tiada mahasiswa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi hanya disebabkan kekangan kewangan, di samping terus memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI