YPS DI PBAKL 2026: PAVILION MAPIM TERUS MENJADI TUMPUAN PENGUNJUNG DAN DIF-DIF KEHORMAT DI PBAKL 2026

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 terus menerima kunjungan pelbagai dif-dif kehormat, pemimpin institusi, tokoh akademik serta para penggiat industri penerbitan sepanjang penganjuran acara tersebut di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Kehadiran para tetamu kehormat ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa budaya ilmu, penerbitan ilmiah dan pembangunan ekosistem pembacaan negara. Lawatan tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan, pertukaran idea serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik antara pelbagai pihak berkepentingan.

Sebagai platform yang menghimpunkan penerbit-penerbit ilmiah dari seluruh negara, Pavilion MAPIM terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan karya berkualiti, memperluas akses kepada sumber ilmu serta menyokong agenda pembangunan modal insan berteraskan pengetahuan.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE PAVILION MAPIM DI PBAKL 2026 SERLAHKAN USAHA KPT MEMPERKASA BUDAYA ILMU

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim semalam.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh ekosistem ilmu negara melalui penerbitan ilmiah, penyelidikan dan penghasilan karya berkualiti.

Sepanjang lawatan, beliau meninjau pelbagai penerbitan akademik serta hasil penyelidikan yang dipamerkan oleh institusi pendidikan tinggi dan penerbit tempatan. Penglibatan aktif IPT dalam PBAKL 2026 membuktikan peranan penting sektor pendidikan tinggi dalam memperkasa budaya ilmu dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat.

KPT akan terus menyokong usaha memartabatkan penerbitan ilmiah dan budaya membaca selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta pembangunan modal insan berpengetahuan dan berdaya saing.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI

YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY LAWAT PAVILION MAPIM, SERU IPT PERKASA PENERBITAN ILMIAH BERKUALITI

Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan ke Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
 
Dalam lawatan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha institusi pengajian tinggi (IPT) dalam memperkasa ekosistem penerbitan ilmiah negara serta menekankan kepentingan menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti, berimpak tinggi dan mampu menjadi rujukan di peringkat nasional serta antarabangsa.
 
Beliau turut menyeru agar warga akademia dan IPT terus memperkukuh budaya penulisan, penyelidikan dan penerbitan ilmu sebagai medium penting dalam menyokong agenda pemerkasaan pendidikan tinggi serta pembangunan modal insan negara.
 
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan penerbitan ilmiah sebagai wahana penyebaran ilmu, pemikiran dan inovasi demi kemajuan negara.
 
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI
 

KHAS UNTUK PELAJAR YANG MENGUNJUNGI FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2025

Khas untuk pelajar yang mengunjungi Festival Idea Putrajaya 2025.
 
Yayasan Perkasa Siswa (YPS), KPT menjemput para pelajar yang berkeperluan untuk memohon bantuan kewangan one-off Care4U YPS (Kelangsungan Hidup, Sara Diri dan Keperluan Pengajian) dan Care4OKU YPS (Peralatan dan Keperluan Pengajian).
Permohonan boleh dibuat di kaunter booth YPS Dewan B (Higher Education Funding Pavilion), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Jumpa anda semua di sana.
 

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA 1
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA 2
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA
 
Pada 11 Oktober 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarhamah Siti Amirah binti Halim, Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) dengan kepujian , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah kembali ke rahmatullah akibat terlibat kemalangan.
 
Sebagai tanda keprihatinan, pihak Yayasan telah menziarahi keluarga Allahyarhamah di kediaman mereka di Kota Bharu, Kelantan. Sumbangan kematian telah disampaikan oleh wakil Yayasan, Encik Zulkifli bin Che Hussin, kepada waris Allahyarham bagi meringankan beban keluarga.
 
Seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan keluarganya diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan ini.
 
 

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR USM YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR USM YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK 3
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR USM YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK 2
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR USM YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK
 
Pada 3 Oktober 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarham Muhammad Syamill Aiman bin Mohd Asri, Program Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit kronik.
 
Sebagai tanda keprihatinan, pihak Yayasan telah menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Rantau Panjang, Kelantan. Sumbangan kematian telah disampaikan oleh wakil Yayasan, Encik Zulkifli bin Che Hussin, kepada waris Allahyarham bagi meringankan beban keluarga.
 
Seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan keluarganya diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan ini.
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING
 
Satu sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah diadakan pada 27 September 2025 di sekitar Sepanggar, Sabah, disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
 
Dalam kesempatan tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada para mahasiswa melalui Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin selaku Pengurus Kolaborasi dan Strategik, yang turut serta dalam ziarah berkenaan. Turut hadir ialah wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Beliau menegaskan bahawa kesusahan hidup dan kekangan kewangan bukanlah halangan untuk anak-anak di kawasan Sepanggar melanjutkan pengajian ke menara gading. YB Timbalan Menteri turut berpesan kepada para penerima agar sentiasa berhubung dengan pejabat Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing sekiranya menghadapi sebarang kesulitan sepanjang pengajian.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Gambar Oleh: Nur Amirah
 
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPM

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPM
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), Yayasan Perkasa Siswa telah menyampaikan Bantuan Pendidikan kepada Putri Shafiqah Aniya binti Uswira, bakal mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memberi dorongan awal untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir ialah YBrs. Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar terus cemerlang dalam akademik.
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UMK

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UMK
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), Yayasan Perkasa Siswa telah menyampaikan Bantuan Pendidikan kepada Zikrulakha Alya binti Abu Rahim, bakal mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memberi dorongan awal untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK, YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMK, dan YBrs. Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMK.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar terus cemerlang dalam akademik.
 
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPSI

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPSI
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), telah berlangsung satu sesi penyerahan Bantuan Pendidikan kepada Nur Hidayatul Izzati binti Mohd Khamis, bakal mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, di samping memberi dorongan awal kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Hirman bin Awang. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat buat pelajar untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan kehidupan di kampus.
 

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2026 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)