TIADA PELAJAR TERCICIR, PENDIDIKAN TINGGI UNTUK SEMUA

Komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus diterjemahkan menerusi penyampaian Bantuan Pendidikan dari Yayasan Perkasa Siswa oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, kepada pelajar daripada keluarga B40 yang berdepan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi.

Inisiatif ini mencerminkan iltizam berterusan dalam memastikan setiap anak Malaysia mempunyai peluang yang adil untuk mengakses pendidikan tinggi tanpa dibatasi oleh faktor ekonomi.

Bantuan yang disalurkan bukan sekadar sokongan kewangan, malah menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus mengejar cita-cita, membina masa depan yang lebih baik serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui ilmu dan kemahiran.

Yayasan Perkasa Siswa akan terus memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperluas akses pendidikan, memperkasakan kebajikan mahasiswa dan memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada arus pendidikan tinggi.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI