KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA

KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA
KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA1
”Kami tak sangka dia akan pergi, namun saya redha dengan ketentuannya”
Perginya Allahyarhamah Siti Zaharatul Aisyah binti Mohd Haniff di hari yang mulia, pada pagi Jumaat tanggal 12 Julai 2024 bersamaan 6 Muharram 1446.
Allahyarhamah Siti Zaharatul Aisyah merupakan pelajar tahun dua jurusan Sarjana Muda Hubungan Industri dan Pekerjaan dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) meninggal dunia akibat Cardiogenic Shock Secondary to Sepsis atau keadaan jantung bengkak.
Sehubungan itu, sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah berlangsung di kediaman keluarga Allahyarhamah pada Selasa 17 Julai 2024 di Segamat, Johor. Turut hadir selain wakil dari Yayasan Perkasa Siswa ke sesi penyerahan sumbangan tersebut adalah Dr. Nur Auni Ugong (Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), UniMAS dan Puan Elina Jelani (Ketua Seksyen Kebajikan Pelajar & Pegawai Khas TNC HEPA UniMAS)
Alfatihah dan Salam Takziah dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta seluruh warga Yayasan.

MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’ BERSAMA GMAT SDN BHD

MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’
MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’1
MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’2
MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’3
Sesi menandatangani perjanjian sebagai rakan strategik diikuti dengan Mesyuarat Penyelarasan Kolaborasi dan Program ‘Affiliate’ antara Yayasan Perkasa Siswa dan GMAT Sdn Bhd telah berlangsung pada 10 Julai 2024. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Hirman bin Awang (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa) dan dihadiri M. Marimuthu (Ketua Pegawai Eksekutif GMAT Sdn Bhd) juga beberapa pegawai wakil dari kedua-dua belah pihak.
Adalah diharapkan usaha sama dalam menjadikan portal insurans bersepadu GMAT sebagai platform insurans utama yang memberikan manfaat dan penjimatan buat semua mahasiswa dan seluruh warga institusi pengajian tinggi berjalan dengan lancar.
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH.
Yayasan Perkasa Siswa cakna dan prihatin terhadap mahasiswa yang terjejas dengan bencana banjir di lokaliti Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan wakil daripada Yayasan Perkasa Siswa hadir menyampaikan bantuan Sumbangan Bencana kepada Pengurusan Tertinggi/Kanan Universiti Malaysia Sabah, UiTM Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu.
Sesi serahan sumbangan berlangsung pada 6 Julai 2024 di Dewan Kampung Maruah Sumagid, Telipok, Sabah.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memanfaatkan seramai 75 orang mahasiswa yang terkesan akibat musibah banjir tersebut.

KUNJUNGAN DARI EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)

KUNJUNGAN DARI EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
Pada 28 Jun 2024, Yayasan Perkasa Siswa berbesar hati menerima kunjungan dari YBrs. En. Novie Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Education Malaysia Global Services (EMGS) bagi meneroka peluang dan potensi untuk berkolaborasi serta bekerjasama dengan Yayasan Perkasa Siswa.

Terima kasih diucapkan atas kunjungan yang diberikan dan semoga hasil perbincangan dapat direalisasikan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

#MalaysiaMadani #YayasanPerkasaSiswa#kementerianpendidikantinggi#jabatanpendidikantinggi

SEMOGA SINAR NUR SHAZATUL NADHIRAH KEMBALI CERAH

SEMOGA SINAR NUR SHAZATUL NADHIRAH KEMBALI CERAH
SEMOGA SINAR NUR SHAZATUL NADHIRAH KEMBALI CERAH SINAR NUR SHAZATUL NADHIRAH KEMBALI CERAH3
SEMOGA SINAR NUR SHAZATUL NADHIRAH KEMBALI CERAH
Sesi penyerahan Bantuan Khas OKU kepada Saudari Nur Shazatul Nadhirah binti Mohd Shuhaidi telah berlangsung pada 1 Julai 2024 yang lepas.
Saudari Nur Shazatul Nadhirah merupakan seorang mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan memerlukan pembiayaan kos pembelian kanta elektronik khas bagi membolehkan sesi pengajian dan pembelajaran beliau berjalan lancar. Beliau yang juga merupakan OKU kategori cacat penglihatan (penglihatan terhad) sejak kecil, tidak pernah menjadikan kekurangannya sebagai satu penghalang buat beliau mencapai cita-cita yang diimpikan.
Justeru, pihak Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili oleh YBrs. Tuan Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Governan dan Pembangunan) JPT dan En. Hirman bin Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa diiringi YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff (Naib Canselor UPSI) hadir menyerahkan sumbangan Bantuan OKU (Care4OKU) kepada Saudari Nur Shazatul Nadhirah sebagai tanda prihatin.
Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu Saudari Nur Shazatul Nadhirah terus bersemangat dalam meneruskan pengajian seterusnya memperoleh kecemerlangan.
 

KUNJUNGAN DARI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS)

KUNJUNGAN DARI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS)
KUNJUNGAN DARI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS)1
KUNJUNGAN DARI YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS)2
Pada 25 Jun 2024, Yayasan Perkasa Siswa berbesar hati menerima kunjungan dari Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi meneroka peluang dan potensi untuk berkolaborasi dan bekerjasama.
Hadir mewakili YSS adalah Pengurus Pusat Kecemerlangan Kesukarelawanan, En Abdul Rahim Rahman dan pasukan. Terima kasih diucapkan atas kunjungan yang diberikan dan semoga hasil perbincangan dapat direalisasikan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

‎PERKHABARAN DUKA MENJELANG AIDIL ADHA

PERKHABARAN DUKA MENJELANG AIDIL ADHA
PERKHABARAN DUKA MENJELANG AIDIL ADHA1
PERKHABARAN DUKA MENJELANG AIDIL ADHA2
PERKHABARAN DUKA MENJELANG AIDIL ADHA
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.”
Pemergian Allahyarham Zoolfa Zairy Zaharen, Pelajar Tahun 1, Program Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) sangat dirasai kerana berlaku dikala umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Sebagai tanda prihatin, satu sesi ziarah dan penyerahan sumbangan khairat kematian telah dilaksanakan pada 17 Jun 2024 diwakili Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran, Pengurus Yayasan Perkasa Siswa serta pegawai daripada Pusat Khidmat Pelajar UniMAS, Puan Elina Jelani.
Salam takziah dari Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan buat keluarga Allahyarham Zoolfa Zairy Zaharen. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
 

HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI

HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Umie Elysha Lyana binti Basharuddin, pelajar tahun tiga Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2024 bersamaan 6 Zulhijjah 1445H akibat kemalangan jalan raya.
Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Perkasa Siswa turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah dan bantuan khairat kematian untuk waris diserahkan sendiri oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah. Turut hadir bersama adalah Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan agar roh Allahyarhamah Umie Elysha Lyana dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman.

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BUAT WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD AFIEQ SYAZWAN

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BUAT WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD AFIEQ SYAZWAN
SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BUAT WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD AFIEQ SYAZWAN
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Selesai sesi serahan sumbangan buat waris Allahyarham Muhammad Afieq Syazwan Bin Muhammad Akheir, pelajar Kejuruteraan Metalurgi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Allahyarham Muhammad Afieq Syazwan pergi kembali kepada Sang Pencipta tanggal 9 Mac 2024 setelah terlibat dengan kemalangan jalan rayadi luar Kampus Pauh Putra, UniMAP. Pihak berkuasa melaporkan motasikal yang ditunggang beliau telah melanggar pembahagi jalan dan mengakibatkan beliau hilang kawalan lalu tercampak diatas pembahagi jalan.
Hadir menyampaikan sumbangan adalah Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
Al-Fatihah dan salam takziah dari Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan buat Allahyarham Muhammad Afieq Syazwan.
 

LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
Leukimia bukan penghalang untuk Farhan menduduki peperiksaan akhir
Walaupun diuji dengan penyakit leukimia, saudara Muhammad Farhan bin Misron@Misni, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) tetap cekal menjalani kehidupan.
Saudara Farhan tidak menjadikan penyakit yang dialami sebagai penghalang daripada menduduki peperiksaan akhir yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh bapa dan kakak sulung beliau sewaktu sesi ziarah dan penyerahan sumbangan kebajikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang di Hospital Ampang pada 12 Jun 2024. Turut sama hadir adalah Pn Ts. Salhana binti Sahidin@Salehudin, Timbalan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah.
Kagum dengan semangat yang ditunjukkan, Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan agar Saudara Farhan dikurniakan kesembuhan bagi menyambung semula pengajian dan kembali sihat seperti sedia kala.

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)