ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
Pada pagi Sabtu, 10 Ogos 2024, kami kehilangan seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Banting Selangor, Mendiang Dinesh Raj A/L Subramaniam, yang telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diadakan di kediaman keluarga Mendiang di Pandan Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis, 22 Ogos 2024. Bantuan Khairat kematian diserahkan oleh En. Muhammad Azam Raizal bin Shakroni dari Yayasan Perkasa Siswa kepada waris Mendiang. Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut adalah Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam menyerahkan skrol kepada waris.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mendiang Dinesh Raj A/L Subramaniam. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.