ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.1
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.2
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
“Saya akan hadir konvokesyen ketika selesai pengajian di peringkat ijazah” demikian kata-kata Saudara Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein, pelajar dari Politeknik Banting, Selangor (PBS) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tragis ketika hendak ke raptai majlis konvokesyen pada 10 Ogos 2024 yang lalu. Kemalangan tersebut turut meragut nyawa dua (2) orang rakan karib yang sentiasa disisinya.
Atas dasar keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama-sama pihak PBS telah mengambil inisiatif dengan menyantuni Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein dan keluarga di kediaman mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.
Penyerahan Bantuan Kemalangan telah diserahkan oleh Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh En. Muhammad Azam Raizal bin Shakroni kepada pelajar yang terlibat. Dalam sesi yang sama, Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menyerahkan skrol kepada waris mangsa dan mangsa kemalangan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa mendoakan agar Saudara Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein cepat sembuh dan berjaya melanjutkan Pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.