i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL1
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL2
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL3
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL4
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL
“Saya berharap agar salah seorang dalam kalangan peserta iFUTURE 2024 ini, pada masa akan datang, akan muncul seorang pemimpin negara yang hebat, seorang yang mempunyai pengaruh yang besar, yang mampu merubah masa depan negara dan juga masyarakat dunia’.
Inilah harapan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir kepada 1000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negara yang telah mengikuti persidangan iFUTURE 2024 selama tiga (3) hari, sebuah acara pertama kali diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di WTCKL bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2024.
Merasmikan penutupan persidangan tersebut, beliau juga berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan setiap isi perkongsian dan diskusi dari para panelis untuk memperkuat bakat kepemimpinan mereka.
Malah, kesinambungan ukhuwah yang terbina sesama mereka daripada pertemuan di iFUTURE 2024 ini turut membawa kepada penubuhan majlis Global Student Unity Network (GSUN) yang akan menjadi jaringan kerjasama serta pembangunan program kepimpinan mahasiswa antarabangsa.
Pada perasmian iFUTURE 2024 pada 16 Ogos yang lalu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga mengajak para peserta untuk terus berani menyuarakan isu-isu nasional dan global seperti kemanusiaan, rasuah, kelestarian alam, jurang kemiskinan berpandukan pada prinsip dan nilai yang teguh..
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut hadir menyampaikan ucaptama pada hari kedua iFUTURE 2024, juga menyeru mahasiswa untuk bangkit dan bersatu dalam mengorak langkah bagi merubah hala tuju masa depan dunia.
Yayasan Perkasa Siswa turut terlibat sebagai penganjur dan penganjuran ini juga telah mendapat dukungan dari Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM), Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta berhasil mengumpulkan lebih dari 1000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negeri yang berasal dari 46 negara.