– Tebus mulai 28 Ogos – 12 Disember 2025 – Portal rasmi: www.mysiswaplace.my
✅ Kelayakan:
– Warganegara Malaysia 🇲🇾 – Student aktif sebelum 30 Jun 2025 – Semua level: sijil, diploma, ijazah, sarjana, PhD – IPTA, IPTS, Politeknik & Kolej Komuniti bawah KPT
⏰ Baucar sah 7 hari je selepas ditebus! Jangan lengah!
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME: UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68
YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang juga mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), telah menyempurnakan Majlis Flag Off Program Kembara UMPSA (Jejak Alumni) 2025 yang berlangsung pada 27 Ogos 2025.
Program bersejarah ini menghimpunkan hampir 100 peserta, termasuk 23 penunggang motosikal sebagai simbolik 23 tahun penubuhan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Konvoi kembara ini menyusuri destinasi terpilih dari 26 hingga 30 Ogos, membawa mesej patriotisme, kebersamaan, dan kecintaan terhadap tanah air.
Penganjuran Kembara Merdeka UMPSA ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan matlamat menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta negara, serta menyalakan obor kebangsaan dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.
Majlis Flag Off turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Yatimah binti Alias, Naib Canselor UMPSA dan Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA, bersama pengurusan tertinggi universiti serta barisan alumni yang menjadi tunjang sokongan program. Kehadiran mereka membuktikan komitmen berterusan UMPSA dalam memartabatkan semangat perjuangan dan kebangsaan dalam kalangan warga universiti.
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME: UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68
YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang juga mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), telah menyempurnakan Majlis Flag Off Program Kembara Merdeka Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program penuh bersejarah ini menghimpunkan seramai 68 warga UMK termasuk 15 orang mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMK dengan penglibatan 14 buah kenderaan yang berkonvoi bersama-sama menyemarakkan semangat perjuangan.
Penganjuran Kembara Merdeka UMK ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bakal diraikan tidak lama lagi, dengan matlamat utama menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta akan tanah air, serta menyalakan obor kebangsaan dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.
Majlis Flag Off ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK; YBrs. Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, Pendaftar UMK; serta YBrs. Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran yang mewakili Yayasan Perkasa Siswa selaku penaja utama yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.