YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING
 
Satu sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah diadakan pada 27 September 2025 di sekitar Sepanggar, Sabah, disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
 
Dalam kesempatan tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada para mahasiswa melalui Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin selaku Pengurus Kolaborasi dan Strategik, yang turut serta dalam ziarah berkenaan. Turut hadir ialah wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Beliau menegaskan bahawa kesusahan hidup dan kekangan kewangan bukanlah halangan untuk anak-anak di kawasan Sepanggar melanjutkan pengajian ke menara gading. YB Timbalan Menteri turut berpesan kepada para penerima agar sentiasa berhubung dengan pejabat Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing sekiranya menghadapi sebarang kesulitan sepanjang pengajian.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Gambar Oleh: Nur Amirah
 
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPM

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPM
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), Yayasan Perkasa Siswa telah menyampaikan Bantuan Pendidikan kepada Putri Shafiqah Aniya binti Uswira, bakal mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memberi dorongan awal untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir ialah YBrs. Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar terus cemerlang dalam akademik.
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UMK

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UMK
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), Yayasan Perkasa Siswa telah menyampaikan Bantuan Pendidikan kepada Zikrulakha Alya binti Abu Rahim, bakal mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memberi dorongan awal untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK, YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMK, dan YBrs. Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMK.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar terus cemerlang dalam akademik.
 
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPSI

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UPSI
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), telah berlangsung satu sesi penyerahan Bantuan Pendidikan kepada Nur Hidayatul Izzati binti Mohd Khamis, bakal mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, di samping memberi dorongan awal kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Hirman bin Awang. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat buat pelajar untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan kehidupan di kampus.
 

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA 1
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA 2
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA 3
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA 4
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA 5
SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UTeM YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
 
Pada 24 Ogos 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarham Abdul Salam bin Maliki, pelajar Tahun 3 program Sarjana Muda Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dengan Kepujian, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.
 
Sebagai tanda keprihatinan, pihak Yayasan telah menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam kunjungan tersebut, sumbangan kematian telah disampaikan oleh wakil Yayasan, Encik Zulkifli bin Che Hussin, kepada waris Allahyarham.
 
Turut hadir dalam sesi ziarah ini ialah YBrs. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTeM, yang turut menyerahkan sumbangan khairat kematian serta bantuan kotak makanan daripada pihak universiti kepada keluarga waris.
 
Seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
 
 

YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA UniMAP MENYANTUNI BAKAL MAHASISWA MELALUI SUMBANGAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN

YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA UniMAP MENYANTUNI BAKAL MAHASISWA MELALUI SUMBANGAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN2
YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA UniMAP MENYANTUNI BAKAL MAHASISWA MELALUI SUMBANGAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN3
YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA UniMAP MENYANTUNI BAKAL MAHASISWA MELALUI SUMBANGAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN
 
Pada 15 September 2025, telah berlangsung satu sesi penyerahan Bantuan Awal Pendidikan sempena persiapan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar ( E – Kasih ) serta memberi dorongan awal untuk mereka melangkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih yakin.
 
Yayasan Perkasa Siswa turut serta dalam majlis ini bersama YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP.
 
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada bakal mahasiswa UniMAP.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat dan dorongan untuk para pelajar terus cemerlang dalam bidang akademik dan kehidupan kampus.
 

Group chat tengah panas! Semua sibuk nak teka apa benda special utk student IPT ✨ You all rasa apa?

Group chat tengah panas! Semua sibuk nak teka apa benda special utk student IPT ✨ You all rasa apa?

#MySiswaPlace #MalaysiaYouth #MadaniMembaca #MADANIBacaJuga #MysiswaBukuSquad #IlmuMembebaskan #StudentLife

BAUCAR BUKU MADANI 2025 DAH KEMBALI

BAUCAR BUKU MADANI 2025 DAH KEMBALI 1
BAUCAR BUKU MADANI 2025 DAH KEMBALI 2

Baucar Buku Madani 2025 dah kembali! ✨

RM100 untuk setiap pelajar IPTA & IPTS 🥳

– Tebus mulai 28 Ogos – 12 Disember 2025
– Portal rasmi: www.mysiswaplace.my

✅ Kelayakan:

– Warganegara Malaysia 🇲🇾
– Student aktif sebelum 30 Jun 2025
– Semua level: sijil, diploma, ijazah, sarjana, PhD
– IPTA, IPTS, Politeknik & Kolej Komuniti bawah KPT

⏰ Baucar sah 7 hari je selepas ditebus! Jangan lengah!

#MySiswaPlace #MalaysiaYouth #MADANIMembaca #MADANIBacaJuga #MySiswaBukuSquad #IlmuMembebaskan #StudentLife #RancakkanMADANI #BaucarBukuMADANI2025

JENIS IPT YANG BOLEH TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2025

JENIS IPT YANG BOLEH TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2025 1
JENIS IPT YANG BOLEH TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2025 2

IPTA? ✅
IPTS? ✅
Politeknik? ✅
Kolej Komuniti? ✅

Yes geng, semua kategori ni layak tebus BBM25 = RM100 untuk buku

Yang penting status korang aktif sebelum/pada 30 Jun 2025 ✨

Tebus baucar cepat di mysiswaplace.my

Jangan tunggu minggu exam baru nak ingat

#MySiswaPlace #MalaysiaYouth #MADANIMembaca #MADANIBacaJuga #MySiswaBukuSquad #IlmuMembebaskan #StudentLife #RancakkanMADANI #BaucarBukuMADANI2025

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)