BBM25 UNTUK ILMU BUKAN UNTUK DIJUAL

BBM 25 UNTUK ILMU BUKAN UNTUK DIJUAL 1
BBM 25 UNTUK ILMU BUKAN UNTUK DIJUAL 2
“Alaaa…ada polis baucar pulak”

Kami bukan polis baucar, tapi kami cuma nak pastikan RM100 Baucar Buku MADANI 2025 ni sampai ke tujuan sebenar: buku & ilmu.

Ingat ya, apa-apa urusan luar portal adalah atas risiko sendiri dan tidak ditanggung oleh YPS & MSP.

Gunakan untuk diri sendiri je.
Buku hari ini → bekalan ilmu untuk masa depan.

Tebus sekarang di www.mysiswaplace.my

Pssttt…ada beza antara ‘membantu’ dan ‘mengambil kesempatan’

#MySiswaPlace #MalaysiaYouth #MADANIMembaca #MADANIBacaJuga #MySiswaBukuSquad #IlmuMembebaskan #StudentLife #RancakkanMADANI #BaucarBukuMADANI2025

APA TERJADI SELEPAS ANDA BELI BUKU?

APA TERJADI SELEPAS ANDA BELI BUKU 1
APA TERJADI SELEPAS ANDA BELI BUKU 2
APA TERJADI SELEPAS ANDA BELI BUKU 3
APA TERJADI SELEPAS ANDA BELI BUKU 4
APA TERJADI SELEPAS ANDA BELI BUKU 5

THANK YOU, SISWA SQUAD!

THANK YOU, SISWA SQUAD! 1
THANK YOU, SISWA SQUAD! 2
THANK YOU, SISWA SQUAD! 3
THANK YOU, SISWA SQUAD! 4
THANK YOU, SISWA SQUAD! 5
 

MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME: UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 1
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 2
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 3
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 4
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 5
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 6
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME: UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang juga mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), telah menyempurnakan Majlis Flag Off Program Kembara UMPSA (Jejak Alumni) 2025 yang berlangsung pada 27 Ogos 2025.

Program bersejarah ini menghimpunkan hampir 100 peserta, termasuk 23 penunggang motosikal sebagai simbolik 23 tahun penubuhan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Konvoi kembara ini menyusuri destinasi terpilih dari 26 hingga 30 Ogos, membawa mesej patriotisme, kebersamaan, dan kecintaan terhadap tanah air.

Penganjuran Kembara Merdeka UMPSA ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan matlamat menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta negara, serta menyalakan obor kebangsaan dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.

Majlis Flag Off turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Yatimah binti Alias, Naib Canselor UMPSA dan Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA, bersama pengurusan tertinggi universiti serta barisan alumni yang menjadi tunjang sokongan program. Kehadiran mereka membuktikan komitmen berterusan UMPSA dalam memartabatkan semangat perjuangan dan kebangsaan dalam kalangan warga universiti.

MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME: UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 1
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 2
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 3
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 4
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 5
MENGANGKAT PANJI PATRIOTISME: UMK &YPS JAYAKAN KEMBARA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68

YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang juga mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), telah menyempurnakan Majlis Flag Off Program Kembara Merdeka Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program penuh bersejarah ini menghimpunkan seramai 68 warga UMK termasuk 15 orang mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMK dengan penglibatan 14 buah kenderaan yang berkonvoi bersama-sama menyemarakkan semangat perjuangan.

Penganjuran Kembara Merdeka UMK ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang bakal diraikan tidak lama lagi, dengan matlamat utama menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta akan tanah air, serta menyalakan obor kebangsaan dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.

Majlis Flag Off ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK; YBrs. Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, Pendaftar UMK; serta YBrs. Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran yang mewakili Yayasan Perkasa Siswa selaku penaja utama yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.

 

SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL

SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 1
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 2
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 3
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 5
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 5
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 6
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL 7
SEMARAK MERDEKA, JULANG ASPIRASI GLOBAL
 
Yayasan Perkasa Siswa julung kalinya telah menjadi sebahagian daripada penganjuran Ekspedisi Kayak Merdeka UMT. Ekspedisi ini telah diketuai oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan disertai oleh peserta daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
 
Mengangkat semangat kemerdekaan dan kelestarian, ekspedisi ini telah merangkumi perjalanan mencabar sejauh 24 kilometer, bermula dari pesisir pantai UMT hingga ke Pulau Bidong, Terengganu. Lebih bermakna, ekspedisi ini dijalankan serentak dengan Pra Pelancaran ESG Global Young Leaders Summit 2025.
Majlis Pra Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan diiringi oleh YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT.
 
Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Fadli Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa UMT, YBrs. Encik Amalul Asyraf Rosli, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, serta Encik Zulkifli Che Husin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik Yayasan Perkasa Siswa yang hadir mewakili Yayasan.
 
Disediakan oleh: Muhammad Adli
Jurufoto: Muhammad Adli
 

SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN

SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN 1
SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN 2
SESI ZIARAH PELAJAR UiTM DENGKIL DITIMPA UJIAN MASALAH KESIHATAN
 
Pada hari Selasa, 12 Ogos 2025, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah ke Hospital Kuala Lumpur bagi menziarahi Saudari Aisya Syurfa binti Abdullah, pelajar Asasi Undang-Undang, UiTM Dengkil yang sedang menjalani rawatan akibat masalah kesihatan serius.
 
Saudari Aisya Syurfa, berusia 17 tahun, telah disahkan menghidap kanser paru-paru dan lumpuh separuh badan pada 11 Julai 2025. Walaupun menghadapi ujian yang berat, beliau kekal tabah menjalani rawatan di hospital.
 
Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi & Strategik Yayasan Perkasa Siswa, kepada keluarga pelajar.
 
Dalam suasana penuh empati ini, seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan salam takziah dan doa buat Aisya Syurfa serta keluarga. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka.
 

 

CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA

CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 1
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 2
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 3
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA 4
CHIT CHAT MADANI BUKTI KERAJAAN CAKNA MAHASISWA
 
Yayasan Perkasa Siswa telah tampil sebagai rakan strategik utama dalam penganjuran Program Chit Chat MADANI, sebuah inisiatif dinamik yang tercetus daripada ilham bernas Backbenchers Club. Program berimpak tinggi ini telah dikoordinasikan secara profesional oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BHEP JPT) sebagai medium penting dalam memastikan suara mahasiswa bukan sahaja bergema di peringkat kementerian, malah didengari hingga ke dewan Parlimen.
 
Program ini berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin mahasiswa dalam satu platform eksklusif untuk sesi perkongsian pandangan dan dialog terbuka bersama barisan Ahli Parlimen. Inisiatif ini merupakan bukti nyata komitmen kerajaan dalam menjulang suara dan aspirasi mahasiswa ke peringkat nasional serta memperkukuh agenda pemerkasaan mahasiswa.
 
Antara Ahli Parlimen yang terlibat termasuk YB Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong), YB Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah) dan YB Tuan Chiew Choon Man (Ahli Parlimen Miri).
 
Kemuncak program diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh penting negara, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi serta YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, yang memberi suntikan semangat dan iltizam dalam menjayakan wawasan pendidikan tinggi negara selari dengan prinsip Malaysia MADANI.
 
 

PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA

PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 1
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 2
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 3
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 4
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA 5
PENEROKAAN SINERGI BAHARU YAYASAN PERKASA SISWA
 
Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan perbincangan strategik bersama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi menjalin sinergi baharu yang berpotensi besar dalam memperkasa mahasiswa di IPT.
 
Dalam sesi penuh makna ini, pelbagai perkara telah dibincangkan secara mendalam termasuk peluang sumbangan dan inisiatif bantuan yang boleh digerakkan secara bersama antara MITRA dan Yayasan. Pertemuan ini menzahirkan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada menerima manfaat sewajarnya.
 
Yayasan turut diberi ruang eksklusif untuk membentangkan peranan, fungsi serta hala tuju strategik dalam mengangkat agenda pemerkasaan mahasiswa di peringkat nasional. Pembentangan ini menjadi landasan penting dalam menyatukan misi dan membuka pintu kerjasama rentas agensi, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi cemerlang dan berdaya saing.
 
Sesi perbincangan ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Pengerusi MITRA, YBrs. Encik Prabagaran a/l Ganapathy, Ketua Pengarah MITRA dan YBrs. Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa mewakili Yayasan.
Disediakan oleh: Muhammad Adli
Jurufoto: Muhammad Adli
 

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)