Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan ke Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.
 
Dalam lawatan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha institusi pengajian tinggi (IPT) dalam memperkasa ekosistem penerbitan ilmiah negara serta menekankan kepentingan menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti, berimpak tinggi dan mampu menjadi rujukan di peringkat nasional serta antarabangsa.
 
Beliau turut menyeru agar warga akademia dan IPT terus memperkukuh budaya penulisan, penyelidikan dan penerbitan ilmu sebagai medium penting dalam menyokong agenda pemerkasaan pendidikan tinggi serta pembangunan modal insan negara.
 
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan penerbitan ilmiah sebagai wahana penyebaran ilmu, pemikiran dan inovasi demi kemajuan negara.
 
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI