YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA UniMAP MENYANTUNI BAKAL MAHASISWA MELALUI SUMBANGAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN
Pada 15 September 2025, telah berlangsung satu sesi penyerahan Bantuan Awal Pendidikan sempena persiapan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar ( E – Kasih ) serta memberi dorongan awal untuk mereka melangkah ke alam pengajian tinggi dengan lebih yakin.
Yayasan Perkasa Siswa turut serta dalam majlis ini bersama YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP.
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada bakal mahasiswa UniMAP.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat dan dorongan untuk para pelajar terus cemerlang dalam bidang akademik dan kehidupan kampus.
– Tebus mulai 28 Ogos – 12 Disember 2025 – Portal rasmi: www.mysiswaplace.my
✅ Kelayakan:
– Warganegara Malaysia 🇲🇾 – Student aktif sebelum 30 Jun 2025 – Semua level: sijil, diploma, ijazah, sarjana, PhD – IPTA, IPTS, Politeknik & Kolej Komuniti bawah KPT
⏰ Baucar sah 7 hari je selepas ditebus! Jangan lengah!
MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME: UMPSA ANJUR PROGRAM KEMBARA MERDEKA (JEJAK ALUMNI) 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68
YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang juga mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa (YPS), telah menyempurnakan Majlis Flag Off Program Kembara UMPSA (Jejak Alumni) 2025 yang berlangsung pada 27 Ogos 2025.
Program bersejarah ini menghimpunkan hampir 100 peserta, termasuk 23 penunggang motosikal sebagai simbolik 23 tahun penubuhan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Konvoi kembara ini menyusuri destinasi terpilih dari 26 hingga 30 Ogos, membawa mesej patriotisme, kebersamaan, dan kecintaan terhadap tanah air.
Penganjuran Kembara Merdeka UMPSA ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan matlamat menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta negara, serta menyalakan obor kebangsaan dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.
Majlis Flag Off turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof. Dr. Yatimah binti Alias, Naib Canselor UMPSA dan Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA, bersama pengurusan tertinggi universiti serta barisan alumni yang menjadi tunjang sokongan program. Kehadiran mereka membuktikan komitmen berterusan UMPSA dalam memartabatkan semangat perjuangan dan kebangsaan dalam kalangan warga universiti.