Yayasan Perkasa Siswa sentiasa prihatin dan tidak pernah membelakangkan golongan mahasiswa rentan di semua institut pengajian tinggi. Oleh yang demikian, satu mesyuarat pelaksanaan Seminar Pemerkasaan Mahasiswa Orang Asli telah dilaksanakan pada 24 April 2024.
Mesyuarat yang bertujuan untuk menyelaras sebuah seminar yang bakal mengumpulkan mahasiswa orang asli di semua IPT tersebut dihadiri oleh Encik Hirman bin Awang (Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT), Prof. Madya Dr Azlan bin Abas, (Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nurwina Akmal binti Anuar (Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM), Puan Shereen Ajani (Presiden Persatuan Mahasiswa Orang Asli), Encik Eris Joshan Chew Ho Beng (YDP Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), wakil-wakil dari Jabatan Pendidikan Tinggi juga Yayasan Perkasa Siswa.
Seminar yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun itu nanti akan menjadi wacana bagi membincangkan isu-isu berkaitan dan membentangkan inisiatif-inisiatif bagi memperkasakan mahasiswa orang asli.