Selaras dengan objektif Yayasan Perkasa Siswa untuk meningkatkan keterlihatan Yayasan kepada semua pihak berkepentingan, sebuah portal rasmi telah pun dibangunkan.
Sehubungan itu, satu Bengkel Pengurusan Portal bersama Khalifah Media Networks (M) Sdn Bhd dan disertai oleh pegawai-pegawai Yayasan Perkasa Siswa telah pun diadakan pada 23 April 2024. Bengkel bertujuan memberikan panduan dan latihan secara praktikal kepada pegawai bertanggungjawab supaya dapat mengendalikan portal ini secara kendiri dan lebih efisien.
Portal yang sedang memasuki fasa akhir pembangunan ini bakal menjadi wadah yang membekalkan informasi mengenai perkhidmatan serta program/aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa. Sebarang pertanyaan mahupun maklum balas juga boleh diutarakan melalui portal baharu ini.