SUMBANGAN BANTUAN KHAS BENCANA KEPADA YBHG. DATO' PROF. TS. DR. ZALIMAN SAULI, NAIB CANSELOR UNIMAP
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut menzahirkan rasa simpati dengan musibah yang melanda pelajar-pelajar di Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perli (UniMAP) akibat daripada kebakaran yang berlaku pada awal pagi, 11 Mei 2024.
Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Bencana kepada YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP bagi membantu meringankan beban mangsa – mangsa yang terkesan dengan musibah tersebut.
Keseluruhan Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mendoakan semoga semua mangsa tabah dan diberi kekuatan mendepani ujian yang menimpa ini.