SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA

SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA
SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA1
SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA2
SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA
Demi meningkatkan keterlihatan dan memperkukuhkan penjenamaan Yayasan Perkasa Siswa, telah diatur satu sesi temubual di antara beberapa wartawan akhbar dan portal utama di Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang.
Seramai 10 orang wartawan telah hadir bagi membuat liputan mengenai peranan, kepentingan dan harapan Yayasan Perkasa Siswa sebagai badan yang menyokong kemenjadian mahasiswa secara holistik.
Nantikan artikel mengenai Yayasan Perkasa Siswa di The Star, MStar, Majoriti, Malaysia Nanban, Malaysia Tribune, Nanyang Siang Pau dan Kosmo.

KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI2
KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Sesi perbincangan bagi kolaborasi strategik yang lebih mampan antara Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) KPT bersama Yayasan Perkasa Siswa telah diadakan pada 23 Julai 2024.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz (Pengarah, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK), Encik Yaswadi bin Mat Yasim (Timbalan Pengarah, Unit Pembangunan Pelajar, JPPKK), Encik Kaliyappan A/L Rajakumaran (Pengurus, Yayasan Perkasa Siswa) dan beberapa pegawai lain.
Sebagai entiti yang sama-sama bernaung di bawah KPT, adalah diharapkan kerjasama erat ini akan lebih menjamin kesejahteraan dan sekaligus memperkasakan mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti.
 

SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI1
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI2
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI3
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Sesi perbincangan di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKKh) bersama Yayasan Perkasa Siswa berkaitan peluasan pelaksanaan inisiatif kad MySISWA kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti telah pun dilaksanakan pada 23 Julai 2024.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar JPT yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang turut dihadiri oleh Tn. Haji Azirin Bin Abdul Aziz (Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK) dan Dato’ Adissadikin Ali (Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Islamic Bank).
Semoga inisiatif Kad MySISWA ini bakal memberi manfaat berpanjangan untuk semua mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti.

TINDAKAN PANTAS TIGA PELAJAR POLITEKNIK SELAMATKAN KANAK-KANAK YANG HAMPIR LEMAS DI PULAU PERHENTIAN

TINDAKAN PANTAS TIGA PELAJAR POLITEKNIK SELAMATKAN KANAK-KANAK YANG HAMPIR LEMAS DI PULAU PERHENTIAN
Pada 30 Julai 2024, telah diadakan sesi pemberian insentif khas sebagai penghargaan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Merangkap Pengerusi Yayasan Perkasa Siswa kepada tiga (3) orang pelajar politeknik atas nilai-nilai kemanusiaan dan keberanian yang luar biasa yang ditunjukkan. Turut sama hadir ke majlis tersebut YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Bin Ismail Ketua Pengarah, JPPKK merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa dan En. Hirman Bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa.
Tiga (3) orang pelajar politeknik telah menyelamatkan dua kanak-kanak yang hampir lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, Terengganu pada 6 Julai 2024. Pelajar tersebut Ahmad Danial Safwan Ahmad Safri dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Naufal Zahari dari Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Mohamad Haikal Danis Mohamad Nasir dari Politeknik Seberang Perai (PSP).
Pengerusi dan seluruh Ahli Pemegang Amanah serta warga Yayasan Perkasa Siswa percaya pengiktirafan ini bukan sahaja akan memberi motivasi kepada mereka tetapi juga akan menggalakkan nilai-nilai kemanusiaan dan keberanian di kalangan pelajar yang lain.
 

TIGA BERADIK MAHASISWA UNIVERSITI AWAM KEHILANGAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA, MUSNAH DALAM KEBAKARAN

TIGA BERADIK MAHASISWA UNIVERSITI AWAM KEHILANGAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA, MUSNAH DALAM KEBAKARAN
TIGA BERADIK MAHASISWA UNIVERSITI AWAM KEHILANGAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA, MUSNAH DALAM KEBAKARAN1
TIGA BERADIK MAHASISWA UNIVERSITI AWAM KEHILANGAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA, MUSNAH DALAM KEBAKARAN2
TIGA BERADIK MAHASISWA UNIVERSITI AWAM KEHILANGAN RUMAH KEDIAMAN KELUARGA, MUSNAH DALAM KEBAKARAN
Sekeluarga daripada tiga (3) orang penuntut IPTA telah ditimpa musibah dalam satu kebakaran yang telah mengakibatkan hampir 90 peratus hangus dijilat api yang berpunca daripada kebocoran dapur gas yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi pada Sabtu lalu, 27 Julai 2024 di Shah Alam, Selangor. Kebakaran yang bermula di bahagian dapur tengah rumah yang disedari oleh ibu mereka sehingga api yang marak menyebabkan rumah musnah terbakar sepenuhnya.
Mahasiswa yang terlibat adalah Mohammad NorIdham bin NorAsmawi, penuntut tahun 4 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ⁠Muhammad NorIzzmier bin NorAsmawi, penuntut tahun 3 di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan ⁠Nor Aliana Maisarah binti NorAsmawi, penuntut tahun 1 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Yayasan Perkasa Siswa bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pendidikan Tinggi mengadakan sesi ziarah ke atas keluarga mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dan memberikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan kepada mahasiswa serta waris bagi meringankan beban yang ditanggung. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan turut menzahirkan rasa simpati dengan musibah yang melanda dan mendoakan segala urusan mereka dipermudah.

BENGKEL PENGURUSAN PORTAL BERSAMA KHALIFAH MEDIA NETWORKS (M) SDN BHD

BENGKEL PENGURUSAN PORTAL BERSAMA KHALIFAH MEDIA NETWORKS (M) SDN BHD
BENGKEL PENGURUSAN PORTAL BERSAMA KHALIFAH MEDIA NETWORKS (M) SDN BHD 1
Selaras dengan objektif Yayasan Perkasa Siswa untuk meningkatkan keterlihatan Yayasan kepada semua pihak berkepentingan, sebuah portal rasmi telah pun dibangunkan.
Sehubungan itu, satu Bengkel Pengurusan Portal bersama Khalifah Media Networks (M) Sdn Bhd yang turut disertai oleh pegawai-pegawai Yayasan Perkasa Siswa telah pun diadakan pada 18 Julai 2024. Bengkel bertujuan memberikan panduan dan latihan secara praktikal kepada pegawai bertanggungjawab supaya dapat mengendalikan portal ini secara kendiri dan lebih efisien.
Portal yang sedang memasuki fasa akhir pembangunan ini bakal menjadi wadah yang membekalkan informasi mengenai perkhidmatan serta program/aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa. Sebarang pertanyaan mahupun maklum balas juga boleh diutarakan melalui portal baharu ini.
 

KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA

KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA
KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA1
”Kami tak sangka dia akan pergi, namun saya redha dengan ketentuannya”
Perginya Allahyarhamah Siti Zaharatul Aisyah binti Mohd Haniff di hari yang mulia, pada pagi Jumaat tanggal 12 Julai 2024 bersamaan 6 Muharram 1446.
Allahyarhamah Siti Zaharatul Aisyah merupakan pelajar tahun dua jurusan Sarjana Muda Hubungan Industri dan Pekerjaan dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) meninggal dunia akibat Cardiogenic Shock Secondary to Sepsis atau keadaan jantung bengkak.
Sehubungan itu, sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah berlangsung di kediaman keluarga Allahyarhamah pada Selasa 17 Julai 2024 di Segamat, Johor. Turut hadir selain wakil dari Yayasan Perkasa Siswa ke sesi penyerahan sumbangan tersebut adalah Dr. Nur Auni Ugong (Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), UniMAS dan Puan Elina Jelani (Ketua Seksyen Kebajikan Pelajar & Pegawai Khas TNC HEPA UniMAS)
Alfatihah dan Salam Takziah dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta seluruh warga Yayasan.

MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’ BERSAMA GMAT SDN BHD

MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’
MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’1
MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’2
MESYUARAT PENYELARASAN KOLABORASI DAN PROGRAM ‘AFFILIATE’3
Sesi menandatangani perjanjian sebagai rakan strategik diikuti dengan Mesyuarat Penyelarasan Kolaborasi dan Program ‘Affiliate’ antara Yayasan Perkasa Siswa dan GMAT Sdn Bhd telah berlangsung pada 10 Julai 2024. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Hirman bin Awang (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa) dan dihadiri M. Marimuthu (Ketua Pegawai Eksekutif GMAT Sdn Bhd) juga beberapa pegawai wakil dari kedua-dua belah pihak.
Adalah diharapkan usaha sama dalam menjadikan portal insurans bersepadu GMAT sebagai platform insurans utama yang memberikan manfaat dan penjimatan buat semua mahasiswa dan seluruh warga institusi pengajian tinggi berjalan dengan lancar.
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KEPADA MAHASISWA MANGSA BENCANA BANJIR DI SABAH.
Yayasan Perkasa Siswa cakna dan prihatin terhadap mahasiswa yang terjejas dengan bencana banjir di lokaliti Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan wakil daripada Yayasan Perkasa Siswa hadir menyampaikan bantuan Sumbangan Bencana kepada Pengurusan Tertinggi/Kanan Universiti Malaysia Sabah, UiTM Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu.
Sesi serahan sumbangan berlangsung pada 6 Julai 2024 di Dewan Kampung Maruah Sumagid, Telipok, Sabah.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memanfaatkan seramai 75 orang mahasiswa yang terkesan akibat musibah banjir tersebut.

KUNJUNGAN DARI EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)

KUNJUNGAN DARI EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS)
Pada 28 Jun 2024, Yayasan Perkasa Siswa berbesar hati menerima kunjungan dari YBrs. En. Novie Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Education Malaysia Global Services (EMGS) bagi meneroka peluang dan potensi untuk berkolaborasi serta bekerjasama dengan Yayasan Perkasa Siswa.

Terima kasih diucapkan atas kunjungan yang diberikan dan semoga hasil perbincangan dapat direalisasikan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

#MalaysiaMadani #YayasanPerkasaSiswa#kementerianpendidikantinggi#jabatanpendidikantinggi

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)