HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI

HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Umie Elysha Lyana binti Basharuddin, pelajar tahun tiga Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2024 bersamaan 6 Zulhijjah 1445H akibat kemalangan jalan raya.
Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Perkasa Siswa turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah dan bantuan khairat kematian untuk waris diserahkan sendiri oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah. Turut hadir bersama adalah Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan agar roh Allahyarhamah Umie Elysha Lyana dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman.

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BUAT WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD AFIEQ SYAZWAN

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BUAT WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD AFIEQ SYAZWAN
SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BUAT WARIS ALLAHYARHAM MUHAMMAD AFIEQ SYAZWAN
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Selesai sesi serahan sumbangan buat waris Allahyarham Muhammad Afieq Syazwan Bin Muhammad Akheir, pelajar Kejuruteraan Metalurgi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Allahyarham Muhammad Afieq Syazwan pergi kembali kepada Sang Pencipta tanggal 9 Mac 2024 setelah terlibat dengan kemalangan jalan rayadi luar Kampus Pauh Putra, UniMAP. Pihak berkuasa melaporkan motasikal yang ditunggang beliau telah melanggar pembahagi jalan dan mengakibatkan beliau hilang kawalan lalu tercampak diatas pembahagi jalan.
Hadir menyampaikan sumbangan adalah Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
Al-Fatihah dan salam takziah dari Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan buat Allahyarham Muhammad Afieq Syazwan.
 

LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
LEUKIMIA BUKAN PENGHALANG UNTUK FARHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
Leukimia bukan penghalang untuk Farhan menduduki peperiksaan akhir
Walaupun diuji dengan penyakit leukimia, saudara Muhammad Farhan bin Misron@Misni, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) tetap cekal menjalani kehidupan.
Saudara Farhan tidak menjadikan penyakit yang dialami sebagai penghalang daripada menduduki peperiksaan akhir yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh bapa dan kakak sulung beliau sewaktu sesi ziarah dan penyerahan sumbangan kebajikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang di Hospital Ampang pada 12 Jun 2024. Turut sama hadir adalah Pn Ts. Salhana binti Sahidin@Salehudin, Timbalan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah.
Kagum dengan semangat yang ditunjukkan, Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan agar Saudara Farhan dikurniakan kesembuhan bagi menyambung semula pengajian dan kembali sihat seperti sedia kala.

PROGRAM INTERNATIONAL COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME (ICOP)

PROGRAM INTERNATIONAL COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME (ICOP)
PROGRAM INTERNATIONAL COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME (ICOP)
PROGRAM INTERNATIONAL COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME (ICOP)
PROGRAM INTERNATIONAL COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME (ICOP)
Program International Community Outreach Programme (ICOP)
Program International Community Outreach Programme (ICOP) anjuran bersama Jawatankuasa Perwakilan Non Resident Universiti Teknologi MARA, Shah Alam (UiTM) dan Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah berlangsung pada 5 Jun 2024 hingga 8 Jun 2024 bertempat di Arau, Perlis dan Satun, Thailand melibatkan seramai 40 pelajar dan 10 pegawai pengiring daripada UiTM, UNIMAP, UPSI, UMPSA, UPM dan UNIKL.
Program ini diadakan adalah bagi mencapai objektif bagi meningkatkan keprihatinan dan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan komuniti setempat serta bertukar pandangan dengan mahasiswa daripada Universiti luar negara.
Antara program yang dijalankan adalah Kayuhan Amal dan sumbangan kepada Asnaf oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mencemar duli untuk turut serta bersama-sama peserta program di kawasan Padang Siding, Arau Perlis.
Selain itu, program ini juga berlangsung di Thammasat Vittaya School, Satun Thailand bagi program forum ilmiah bersama pengurusan Sanabil Foundation, menyampaikan sumbangan kepada golongan murid asnaf dan melakukan aktiviti pembelajaran berkosepkan permainan bersama murid terpilih.
Seterusnya, peserta program ini juga telah mengadakan lawatan ke Prince Songkhla University (PSU) cawangan Hatyai bagi bertukar pandangan dan idea dengan pensyarah dan pelajar daripada Volunteer Unit, Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut.
Program seumpama ini amat bermanfaat dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan berdaya saing selain meningkatkan jalinan kerjasama dan hubungan strategik di peringkat antarabangsa.
 

MAHASISWA MALAYSIA BAKAL MENEMPA NAMA DI KEJOHANAN FISU WORLD UNIVERSITY SAILING CHAMPIONSHIPS 2024

MAHASISWA MALAYSIA BAKAL MENEMPA NAMA DI KEJOHANAN FISU WORLD UNIVERSITY SAILING CHAMPIONSHIPS  2024
MAHASISWA MALAYSIA BAKAL MENEMPA NAMA DI KEJOHANAN FISU WORLD UNIVERSITY SAILING CHAMPIONSHIPS  2024
MAHASISWA MALAYSIA BAKAL MENEMPA NAMA DI KEJOHANAN FISU WORLD UNIVERSITY SAILING CHAMPIONSHIPS  2024
MAHASISWA MALAYSIA BAKAL MENEMPA NAMA DI KEJOHANAN FISU WORLD UNIVERSITY SAILING CHAMPIONSHIPS  2024
Mahasiswa Malaysia bakal menempa nama di Kejohanan FISU World University Sailing Championships 2024
Pada 31 Mei 2024 yang lalu, telah diadakan sesi penyerahan sumbangan oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman (Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Perkasa Siswa kepada kontinjen pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mewakili Malaysia di dalam Kejohanan FISU World University Sailing Championships 2024. Turut sama hadir ke majlis tersebut adalah, En. Hirman bin Awang (Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa) dan Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT).
Pasukan pelayaran UMT dijadual belayar di kejohanan berprestij bertaraf dunia ini bermula 4 hingga 11 Jun 2024 di Desanzano Del Garda, Itali. Pengerusi dan seluruh Ahli Pemegang Amanah serta warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan selamat maju jaya dan semoga pulang membawa kemenangan.

MAHASISWA MELAKAR KEJAYAAN DI RHB-WCE CENTURY RIDE 2024

MAHASISWA MELAKAR KEJAYAAN DI RHB-WCE CENTURY RIDE 2024
Mahasiswa melakar kejayaan di RHB-WCE Century Ride 2024
Menjadi kebanggaan bila anak-anak muda, mahasiswa universiti melakar kejayaan di pentas RHB-WCE Century Ride. Tahniah diucapkan kepada pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berjaya merangkul kejayaan dengan mendapat tempat pertama kategori universiti 160km dan tempat ketiga kategori korporat 160km di dalam pertandingan lumba basikal ulung RHB – WCE Century Ride 2024 anjuran Kumpulan Perbankan RHB dan WCE.
Tahniah juga diucapkan kepada barisan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) atas sokongan dan penyertaan di dalam pertandingan ini. Semangat kesukanan dan komitmen yang diberikan wajar menjadi contoh kepada semua.
Sekali lagi seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan tahniah atas kejayaan yang ditempa.
 

SUMBANGAN BANTUAN KHAS BENCANA KEPADA YBHG. DATO’ PROF. TS. DR. ZALIMAN SAULI, NAIB CANSELOR UNIMAP

SUMBANGAN BANTUAN KHAS BENCANA KEPADA YBHG. DATO' PROF. TS. DR. ZALIMAN SAULI, NAIB CANSELOR UNIMAP
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut menzahirkan rasa simpati dengan musibah yang melanda pelajar-pelajar di Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perli (UniMAP) akibat daripada kebakaran yang berlaku pada awal pagi, 11 Mei 2024.
Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Bencana kepada YBhg. Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP bagi membantu meringankan beban mangsa – mangsa yang terkesan dengan musibah tersebut.
Keseluruhan Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mendoakan semoga semua mangsa tabah dan diberi kekuatan mendepani ujian yang menimpa ini.

MESYUARAT PELAKSANAAN SEMINAR PEMERKASAAN MAHASISWA ORANG ASLI

Yayasan Perkasa Siswa sentiasa prihatin dan tidak pernah membelakangkan golongan mahasiswa rentan di semua institut pengajian tinggi. Oleh yang demikian, satu mesyuarat pelaksanaan Seminar Pemerkasaan Mahasiswa Orang Asli telah dilaksanakan pada 24 April 2024.
Mesyuarat yang bertujuan untuk menyelaras sebuah seminar yang bakal mengumpulkan mahasiswa orang asli di semua IPT tersebut dihadiri oleh Encik Hirman bin Awang (Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT), Prof. Madya Dr Azlan bin Abas, (Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nurwina Akmal binti Anuar (Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UKM), Puan Shereen Ajani (Presiden Persatuan Mahasiswa Orang Asli), Encik Eris Joshan Chew Ho Beng (YDP Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), wakil-wakil dari Jabatan Pendidikan Tinggi juga Yayasan Perkasa Siswa.
Seminar yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun itu nanti akan menjadi wacana bagi membincangkan isu-isu berkaitan dan membentangkan inisiatif-inisiatif bagi memperkasakan mahasiswa orang asli.

BENGKEL PENGURUSAN PORTAL BERSAMA KHALIFAH MEDIA NETWORKS (M) SDN BHD

Selaras dengan objektif Yayasan Perkasa Siswa untuk meningkatkan keterlihatan Yayasan kepada semua pihak berkepentingan, sebuah portal rasmi telah pun dibangunkan.
Sehubungan itu, satu Bengkel Pengurusan Portal bersama Khalifah Media Networks (M) Sdn Bhd dan disertai oleh pegawai-pegawai Yayasan Perkasa Siswa telah pun diadakan pada 23 April 2024. Bengkel bertujuan memberikan panduan dan latihan secara praktikal kepada pegawai bertanggungjawab supaya dapat mengendalikan portal ini secara kendiri dan lebih efisien.
Portal yang sedang memasuki fasa akhir pembangunan ini bakal menjadi wadah yang membekalkan informasi mengenai perkhidmatan serta program/aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa. Sebarang pertanyaan mahupun maklum balas juga boleh diutarakan melalui portal baharu ini.
 

PERGI YANG TIDAK KEMBALI

PERGI YANG TIDAK KEMBALI
Acapkali ayat itu diluahkan oleh ibu dan bapa Allahyarham Mohamad Faisal Haqimie bin Napizul (pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 April 2024 bersamaan 22 Ramadan 1445H.
Allahyarham telah menemui ajal akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari berbuka puasa.
“Arwah biasanya akan membeli tiket bas dua hala setiap kali pulang ke kampung. Tetapi kali ini hanya sehala dan bila ditanya, arwah mengatakan, tidak pasti bila akan pulang ke kampus semula. Rupa-rupanya, itu adalah kepulangannya yang terakhir.” Perkongsian daripada ibu Allahyarham.
Berkat bantuan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UnisZA, pensyarah dan juga rakan-rakan Fakulti, segala urusan perjalanan terakhir Allahyarham dari Terengganu dan juga pengebumian Allahyarham berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa turut sama menzahirkan ucapan takziah dan menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada waris Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved