Salam Takziah
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون
Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Saudari Dahiyah Athirah binti Mohd Faridgh, pelajar Program Pemasaran, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mac 2024 bersamaan 27 Syaaban 1445h.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman & beramal soleh.
‘Century Ride’ di atas Lebuh Raya yang Pertama di Malaysia!
Anda pelajar universiti di bawah Program MYSiswa atau Pasukan Berbasikal Universiti? Ternanti-nanti acara kayuhan yang lebih mencabar?
Yayasan Perkasa Siswa berkolaborasi bersama RHB MYSiswa membawakan anda RHB-WCE Century Ride yang bakal diadakan pada 19 Mei 2024.
Rasailah pengalaman kayuhan di lebuh raya yang mempunyai laluan terpanjang merentasi panorama indah dengan landskap penuh kehijauan di pekan Negeri Perak. Merangkumi tiga jarak laluan iaitu 160km, 90km dan 28km membabitkan kategori lelaki dan wanita, acara berbasikal ini merupakan yang julung-julung kali dianjurkan di West Coast Expressway selepas pembukaannya pada 2019.
Oleh itu, uji kebolehan kayuhan penuh epik anda di RHB-WCE Century Ride. Pendaftaran sedang berlangsung sehingga 17 Mac 2024 dan buat semua pemegang kad RHB dan MYSiswa, diskaun istimewa menanti anda.
Pendaftaran adalah terhad dan hampir ditutup. Jadi jangan ketinggalan! Daftar segera dengan hanya klik di pautan berikut:
Selamat Hari Wanita – Wanita Dijulang Negara Gemilang
WANITA…
Wajahnya selembut sutera
Jiwanya sehalus bicara
Semangatnya sekental perwira
Meraikan tema Hari Wanita 2024, “Wanita Dijulang Negara Gemilang”, marilah kita sama-sama menghargai, memartabatkan dan memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi, sahsiah dan seterusnya dapat membentuk masyarakat yang harmoni.
Selamat menyambut Hari Wanita ikhlas daripada Pengerusi dan ahli lembaga pemegang amanah serta warga Yayasan Perkasa Siswa ❤️