Sesi menandatangani perjanjian sebagai rakan strategik diikuti dengan Mesyuarat Penyelarasan Kolaborasi dan Program ‘Affiliate’ antara Yayasan Perkasa Siswa dan GMAT Sdn Bhd telah berlangsung pada 10 Julai 2024. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Hirman bin Awang (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa) dan dihadiri M. Marimuthu (Ketua Pegawai Eksekutif GMAT Sdn Bhd) juga beberapa pegawai wakil dari kedua-dua belah pihak.