KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA
KAMI TAK SANGKA DIA AKAN PERGI, NAMUN SAYA REDHA DENGAN KETENTUANNYA1
”Kami tak sangka dia akan pergi, namun saya redha dengan ketentuannya”
Perginya Allahyarhamah Siti Zaharatul Aisyah binti Mohd Haniff di hari yang mulia, pada pagi Jumaat tanggal 12 Julai 2024 bersamaan 6 Muharram 1446.
Allahyarhamah Siti Zaharatul Aisyah merupakan pelajar tahun dua jurusan Sarjana Muda Hubungan Industri dan Pekerjaan dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) meninggal dunia akibat Cardiogenic Shock Secondary to Sepsis atau keadaan jantung bengkak.
Sehubungan itu, sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah berlangsung di kediaman keluarga Allahyarhamah pada Selasa 17 Julai 2024 di Segamat, Johor. Turut hadir selain wakil dari Yayasan Perkasa Siswa ke sesi penyerahan sumbangan tersebut adalah Dr. Nur Auni Ugong (Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan), UniMAS dan Puan Elina Jelani (Ketua Seksyen Kebajikan Pelajar & Pegawai Khas TNC HEPA UniMAS)
Alfatihah dan Salam Takziah dari Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta seluruh warga Yayasan.