JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Khas untuk Pelajar & Staf IPT/KPT
JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Berita Baik! Jimat BESAR dengan GMAT!
✅ Masukkan kod promo MYSISWAYPS di laman web Gmat.com.my
✅ Bandingkan Insurans Kereta dan Cukai Jalan Anda & Jimat Hingga 30%
✅ Bayar Kemudian dengan Atome dalam 3 Ansuran Mudah
✅ Pengguna Baru Atome Nikmati Diskaun RM15!
✅ Dapatkan Baucar RM30 Grab
Lebih Jimat Hanya Untuk Anda!
 

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA1
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA4
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA2
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA
27 Ogos 2024. Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA) telah menerima kunjungan dari Yayasan Perkasa Siswa. Tujuan kunjungan ini adalah bagi menyampaikan bantuan kewangan secara one off kepada pelajar-pelajar LTA yang layak. Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa, En Hirman bin Awang dan disaksikan oleh Pengarah Langkawi Tourism Academy, Pn Rohana binti Sahak, Timbalan Pengarah (Pengurusan) LTA, En Mohd Tasuan bin Piahat, Timbalan Pengarah (Akademik) LTA, Pn Nor Maizura binti Ibrahim dan Pegawai Biasiswa LTA, Pn Khairul Nisak Abd Latip. Turut Hadir adalah Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal pelajar, En Kaliyapan Rajakumaran dan Pn Emylia Shakira binti Jamean. Moga bantuan yang telah disampaikan ini dapat membantu pelajar meringankan beban dan dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai pelajar di LTA.

PROGRAM ESG GLOBAL YOUNG LEADERS SUMMIT 2024 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PROGRAM ESG GLOBAL YOUNG LEADERS SUMMIT 2024 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
22 Ogos 2024
Konsep ESG memberi fokus kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social, and Governance; ESG) dan ia membawa pendekatan yang selari dalam landskap global hari ini.
“Mengimbangi antara aktiviti pembangunan dengan kemampanan alam sekitar serta ekosistem bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya ia merupakan keperluan yang mendesak dalam menangani krisis alam sekitar yang kian berleluasa pada hari ini”.
Ucap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud ketika menyempurnakan perasmian Program Global Young Leaders Summit 2024 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini pagi tadi.
Kira-kira lebih 150 orang mahasiswa tempatan dan antarabangsa telah menyertai program itu dan akan berganding tangan menjalankan beberapa projek kelestarian alam di lokasi strategik sekitar negeri tersebut.
Program bertemakan “Nurturing Future Leaders for Ocean and Environmental Stewardship” yang diadakan selama empat (4) hari sehingga 25 Ogos 2024 itu adalah selaras dengan bidang tujahan UMT juga konsep Malaysia MADANI.
Tambah beliau, ESG ialah satu inisiatif untuk menerajui usaha bersepadu meningkatkan kemampanan melibatkan aspek penting seperti program sosial serta tadbir urus.
Malah, beliau turut menyeru supaya Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) turut serta dalam usaha menjayakan misi dan nilai teras ESG.
Pada majlis yang sama, beliau telah melancarkan buku baharu hasil garapan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain serta turut melancarkan kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat UMT.
Hadir sama Pengerusi Lembaga UMT, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod; serta Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, En. Hirman Awang juga merangkap Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN INTERNATIONAL STUDENT INVENTION, INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (ISIIDEC)

20 Ogos 2024 – Majlis Perasmian Penutupan International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (iSIIDEC) 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang diadakan di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam.
i-SIIDEC 2024 yang telah berlangsung pada 19 hingga 20 Ogos 2024 ini merupakan satu platform yang amat signifikan dan inovatif dengan potensi besar untuk mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.
Sebanyak 250 penyertaan yang menyertai i-SIIDEC 2024 ini terdiri dari kalangan Universiti Awam, Universiti Swasta, Kolej Vokasional, Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah-Sekolah Menengah.
Turut hadir bersama, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM, YBrs. Encik Hirman Awang @ Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBhg. Prof. Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Pengarah Projek i-SIIDEC 2024.

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.1
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.2
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
“Saya akan hadir konvokesyen ketika selesai pengajian di peringkat ijazah” demikian kata-kata Saudara Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein, pelajar dari Politeknik Banting, Selangor (PBS) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tragis ketika hendak ke raptai majlis konvokesyen pada 10 Ogos 2024 yang lalu. Kemalangan tersebut turut meragut nyawa dua (2) orang rakan karib yang sentiasa disisinya.
Atas dasar keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama-sama pihak PBS telah mengambil inisiatif dengan menyantuni Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein dan keluarga di kediaman mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.
Penyerahan Bantuan Kemalangan telah diserahkan oleh Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh En. Muhammad Azam Raizal bin Shakroni kepada pelajar yang terlibat. Dalam sesi yang sama, Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menyerahkan skrol kepada waris mangsa dan mangsa kemalangan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa mendoakan agar Saudara Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein cepat sembuh dan berjaya melanjutkan Pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
 

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN2
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN1
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
Pada pagi Sabtu, 10 Ogos 2024, kami kehilangan seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Banting Selangor, Mendiang Dinesh Raj A/L Subramaniam, yang telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diadakan di kediaman keluarga Mendiang di Pandan Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis, 22 Ogos 2024. Bantuan Khairat kematian diserahkan oleh En. Muhammad Azam Raizal bin Shakroni dari Yayasan Perkasa Siswa kepada waris Mendiang. Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut adalah Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam menyerahkan skrol kepada waris.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mendiang Dinesh Raj A/L Subramaniam. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL

i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL1
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL2
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL3
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL4
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL
“Saya berharap agar salah seorang dalam kalangan peserta iFUTURE 2024 ini, pada masa akan datang, akan muncul seorang pemimpin negara yang hebat, seorang yang mempunyai pengaruh yang besar, yang mampu merubah masa depan negara dan juga masyarakat dunia’.
Inilah harapan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir kepada 1000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negara yang telah mengikuti persidangan iFUTURE 2024 selama tiga (3) hari, sebuah acara pertama kali diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di WTCKL bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2024.
Merasmikan penutupan persidangan tersebut, beliau juga berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan setiap isi perkongsian dan diskusi dari para panelis untuk memperkuat bakat kepemimpinan mereka.
Malah, kesinambungan ukhuwah yang terbina sesama mereka daripada pertemuan di iFUTURE 2024 ini turut membawa kepada penubuhan majlis Global Student Unity Network (GSUN) yang akan menjadi jaringan kerjasama serta pembangunan program kepimpinan mahasiswa antarabangsa.
Pada perasmian iFUTURE 2024 pada 16 Ogos yang lalu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga mengajak para peserta untuk terus berani menyuarakan isu-isu nasional dan global seperti kemanusiaan, rasuah, kelestarian alam, jurang kemiskinan berpandukan pada prinsip dan nilai yang teguh..
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut hadir menyampaikan ucaptama pada hari kedua iFUTURE 2024, juga menyeru mahasiswa untuk bangkit dan bersatu dalam mengorak langkah bagi merubah hala tuju masa depan dunia.
Yayasan Perkasa Siswa turut terlibat sebagai penganjur dan penganjuran ini juga telah mendapat dukungan dari Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM), Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta berhasil mengumpulkan lebih dari 1000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negeri yang berasal dari 46 negara.
 

SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA

SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA
SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA1
SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA2
SESI TEMUBUAL KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA MEDIA
Demi meningkatkan keterlihatan dan memperkukuhkan penjenamaan Yayasan Perkasa Siswa, telah diatur satu sesi temubual di antara beberapa wartawan akhbar dan portal utama di Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang.
Seramai 10 orang wartawan telah hadir bagi membuat liputan mengenai peranan, kepentingan dan harapan Yayasan Perkasa Siswa sebagai badan yang menyokong kemenjadian mahasiswa secara holistik.
Nantikan artikel mengenai Yayasan Perkasa Siswa di The Star, MStar, Majoriti, Malaysia Nanban, Malaysia Tribune, Nanyang Siang Pau dan Kosmo.

KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI2
KUNJUNGAN DARIPADA BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Sesi perbincangan bagi kolaborasi strategik yang lebih mampan antara Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) KPT bersama Yayasan Perkasa Siswa telah diadakan pada 23 Julai 2024.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz (Pengarah, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK), Encik Yaswadi bin Mat Yasim (Timbalan Pengarah, Unit Pembangunan Pelajar, JPPKK), Encik Kaliyappan A/L Rajakumaran (Pengurus, Yayasan Perkasa Siswa) dan beberapa pegawai lain.
Sebagai entiti yang sama-sama bernaung di bawah KPT, adalah diharapkan kerjasama erat ini akan lebih menjamin kesejahteraan dan sekaligus memperkasakan mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti.
 

SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI1
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI2
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI3
SESI PERBINCANGAN PELUASAN PELAKSANAAN INISIATIF KAD MYSISWA KEPADA PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Sesi perbincangan di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKKh) bersama Yayasan Perkasa Siswa berkaitan peluasan pelaksanaan inisiatif kad MySISWA kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti telah pun dilaksanakan pada 23 Julai 2024.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar JPT yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang turut dihadiri oleh Tn. Haji Azirin Bin Abdul Aziz (Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK) dan Dato’ Adissadikin Ali (Ketua Pegawai Eksekutif, RHB Islamic Bank).
Semoga inisiatif Kad MySISWA ini bakal memberi manfaat berpanjangan untuk semua mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti.

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)