BHEP-WCE-23FEB24-01
Inisiatif yang diilhamkan menerusi usul yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) akhirnya terlaksana. Kini, hampir 530,000 mahasiswa di 20 Universiti Awam seluruh negara menikmati manfaat penggunaan Kad MySiswa itu sejak ia dilaksanakan sepenuhnya bermula bulan Mac tahun lalu. Majlis Peluncuran Kad MySiswa ini telah berlangsung pada 22 Mac 2024 dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra bersempena dengan Program Semarak Ramadan KPT. Kad MySiswa ini bermatlamat untuk memperkasa dan memartabatkan pelajar universiti menerusi transformasi kad matrik sedia ada menjadi sekeping kad pintar pelbagai fungsi antaranya sebagai kad debit bank dan kad akses kepada kemudahan/fungsi dalaman kampus yang bersepadu, serta dilengkapi dengan kemudahan e-wallet. Selain itu, Kad MySiswa akan berfungsi sebagai kad promosi dan diskaun yang melayakkan pemegangnya menikmati pelbagai tawaran istimewa, potongan harga serta rebat sama ada di dalam mahu pun di luar kampus. Yayasan Perkasa Siswa turut merasa bangga menjadi rakan strategik pelaksana kepada sebuah inisiatif yang memanfaatkan semua mahasiswa di Universiti Awam. #MalaysiaMadani #YayasanPerkasaSiswa #kementerianpendidikantinggi #jabatanpendidikantinggi