KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI.

KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 1
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 2
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 3
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI. 4
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
 
9 Mac 2025 | Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
 
Program Kembara Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diserikan lagi dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar dan warga Universiti Sains Malaysia (USM).
 
YB Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan menyertai acara rewang termasuk mengacau bubur lambuk dan mengagihkan juadah iftar bersama kakitangan USM dan beramah mesra bersama 1000 orang pelajar USM yang hadir dalam majlis ini. Dalam ucapannya, beliau menegaskan betapa pentingnya bulan Ramadan dalam mengeratkan perpaduan antara kita semua kerana bulan Ramadan mengajar kita untuk hidup dalam keharmonian dan mengukuhkan semangat perpaduan.
 
Turut hadir sama pada majlis ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi LGU USM serta YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM.
 
Pada majlis ini juga YB Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang pelajar berkeperluan menerusi Sumbangan Kasih Ramadan Yayasan Perkasa Siswa serta menyaksikan penyerahan sumbangan daripada RHB Islamic Bank Berhad dan sumbangan zakat oleh Bank Islam Malaysia Berhad, Affin Islamic Bank Berhad serta Lembaga Tabung Haji kepada USM.
 
 

KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 1
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 2
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 3
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 4
KEMBARA RAMADAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
 
9 Mac 2025 | Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
 
Program Kembara Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diteruskan lagi dengan sesi sahur YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Menerusi tazkirah subuh yang disampaikan, YB Menteri Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa bulan Ramadan ini amat bermakna kepada umat Islam di seluruh dunia dengan menekankan elemen As-Siam dan Al-Qiyam. Kedua-dua elemen ini disatukan dalam satu bulan yang menjadikan bulan Ramadan sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain.
 
Sesi sahur ini telah melibatkan seramai 600 orang pelajar dan kakitangan UUM. Turut hadir sama pada sesi sahur ini YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Naib Canselor UUM serta YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM.
 
Pada sesi sahur ini juga YB Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang pelajar berkeperluan menerusi Sumbangan Kasih Ramadan Yayasan Perkasa Siswa serta menyaksikan penyerahan sumbangan daripada RHB Islamic Bank Berhad, sumbangan korporat serta sumbangan Baitulmal kepada UUM.
 

MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 1
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 2
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 3
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI 4
MAJLIS IFTAR MAHABBAH BERSAMA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
 
5 Mac 2025 | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
 
Program Iftar Mahabbah Bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah berlangsung dengan penuh bermakna di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis Iftar Mahabbah ini telah melibatkan hampir seramai 500 orang warga USIM, termasuk Pengurusan Kanan, pegawai dan pelajar.
 
YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, dalam ucapan beliau menegaskan tentang kepentingan penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang bersifat holistik di samping penerapan nilai-nilai islam terhadap pembangunan universiti mahupun kemenjadian mahasiswa.
 
Majlis ini turut dihadiri Naib Canselor USIM, YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) YBhg. Profesor Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor dan Pendaftar USIM YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali.
 
Pada majlis yang sama, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut mengambil kesempatan bagi menyampaikan Bantuan Kasih Ramadan sumbangan Yayasan Perkasa Siswa kepada 20 orang pelajar berkeperluan. Selain itu, majlis yang sama juga menyaksikan pihak RHB Islamic Bank Berhad menyampaikan sumbangan pelaksanaan inisiatif Kad MySiswa RM48,615.00 kepada USIM.
 
 

KEMBARA RAMADAN KPT 2025/1446H | MALAYSIA MADANI

KEMBARA RAMADAN KPT 2025 1446H MALAYSIA MADANI 1
KEMBARA RAMADAN KPT 2025 1446H MALAYSIA MADANI 2
KEMBARA RAMADAN KPT 2025 1446H MALAYSIA MADANI 3
KEMBARA RAMADAN KPT 2025 1446H MALAYSIA MADANI 4
KEMBARA RAMADAN KPT 2025/1446H | MALAYSIA MADANI

4 Mac 2025 | Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
 
Program Kembara Ramadan KPT 2025/1446H yang berlangsung penuh bermakna di Politeknik Port Dickson (PPD), telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
 
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kunjungan YB Menteri ke Centre for Electrical, Energy, Technology and Services (CENTS), sesi ramah mesra bersama pelajar serta aktiviti memasak bubur jagung.
 
Dalam program yang sama, YB Menteri turut menyaksikan penyerahan dermasiswa bernilai RM15,000 daripada Koperasi PPD, Tabung Amanah Zakat PPD bernilai RM14,000, serta Geran Aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2025 bernilai RM5,000 daripada Yayasan Perkasa Siswa.
 
Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman Bin Awang, serta Pengarah PPD, Haji Hasan Mohd Sharif.
 

MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY)

MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY) 1
MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY) 2
MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY) 3
MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY) 4
MAJLIS PENYERAHAN GERAN AKTIVITI KEPADA PERTUBUHAN PERGIGIAN SEGi UNIVERSITY (SEGi DENTAL SOCIETY)
 
Pada 4 Mac 2025, Fakulti Pergigian SEGi University telah mengadakan Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pertubuhan Pergigian SEGi (SDS) di SEGi University, Kota Damansara. Majlis ini juga diserikan dengan penyerahan Geran Aktiviti bernilai RM5,000.00 daripada Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada SDS.
 
Geran tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, kepada Saudari Nur Alya bin Salihah, Presiden Pertubuhan Pergigian SEGi (SDS). Penyerahan ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti yang dirancang oleh SDS, sekaligus memberikan manfaat kepada pelajar di SEGi University.
 
Turut hadir pada majlis ini adalah Prof. Dr. Srikumar Chakravarthi, Timbalan Naib Canselor SEGi University dan Kapt (R) Dato’ Professor Emeritus Dr. Hashim Yaacob, Dekan Fakulti Pergigian SEGi University.
Semoga dengan perasmian bilik gerakan dan penyerahan Geran Aktiviti ini dapat memperkasakan aktiviti kemahasiswaan di SEGi University.
 
 

MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM CELIK MADANI

MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM CELIK MADANI 1
MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM CELIK MADANI 2
MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM CELIK MADANI 3
MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM CELIK MADANI 4
MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PERJANJIAN PROGRAM CELIK MADANI
 
Pada 24 Februari 2025, telah berlangsungnya sesi penyerahan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Permodalan Nasional Berhad (PNB), Universiti Awam, Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) dan Yayasan Perkasa Siswa. Penyerahan MoA diantara PNB yang diwakili oleh YBhg Dato’ Abdul Rahman Ahmad , Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dengan Encik Hirman bin Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa telah berlangsung dengan jayanya di Menara Merdeka 118 Kuala Lumpur.
 
Penyerahan Memorandum tersebut telah disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II (dua dari kiri) dan YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (dua dari kanan) serta turut dihadiri oleh YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Kumpulan PNB dan YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
 

MAJLIS PELANCARAN “IIUM RAMADHAN MONTH PROGRAMME 1445H/2025M & APPRECIATION HI-TEA FOR ALL CONTRIBUTORS 2024″

MAJLIS PELANCARAN 1
MAJLIS PELANCARAN 2
MAJLIS PELANCARAN 4
MAJLIS PELANCARAN “IIUM RAMADHAN MONTH PROGRAMME 1445H/2025M & APPRECIATION HI-TEA FOR ALL CONTRIBUTORS 2024”
 
Pada 24 Februari 2025, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan majlis “Appreciation Hi-Tea For All Contributors 2024“ sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan kepada program-program yang dianjurkan oleh UIAM sepanjang tahun 2024.
 
Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin, Timbalan Rektor, Pembangunan Pelajar & Penglibatan Komuniti (SDCE) UIAM yang menyampaikan cenderamata penghargaan kepada penyumbang dan penaja prorgram UIAM. Encik Muhammad Adli bin Jamiri, Eksekutif Sumbangan dan Bantuan Yayasan Perkasa Siswa telah mewakili Ketua Pegawai Eksekutif bagi menerima cenderamata daripada pihak UIAM. Pemberian cenderamata ini disertai dengan ucapan terima kasih sebagai pengiktirafan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan erat antara UIAM dan para penyumbang dan penaja dalam memajukan pembangunan mahasiswa di negara ini.
 
 

SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA

SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA 1
SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA 2
SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA
 
Pada 21 Februari 2025, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudara Tengku Aqwan bin Tengku Mohd Al-Bazli, pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat (Fakulti Pelancongan) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
 
Saudara Tengku Aqwan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan pada 16 Februari yang lalu ketika berada di lorong motosikal.
 
Saudara Tengku Aqwan telah menjalani pembedahan di kepala dan dilaporkan telah ditidurkan untuk beberapa hari kerana kecederaan serius pada bahagian kepala dan mengalami pendarahan pada beberapa bahagian organ dalaman.
Sebagai tanda keperihatinan, sesi ziarah dan juga bantuan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azam Shakroni mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada ibu dan bapa pelajar.
 
Semoga saudara Tengku Aqwan diberi kekuatan dalam menghadapi fasa ini dan kembali pulih seperti sedia kala. Dan untuk seluruh ahli keluarga, semoga kekal tabah.
 

YAYASAN PERKASA SISWA MENGADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (MPP UMK)

YAYASAN PERKASA SISWA MENGADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (MPP UMK) 1
YAYASAN PERKASA SISWA MENGADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (MPP UMK) 2
YAYASAN PERKASA SISWA MENGADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (MPP UMK) 3
YAYASAN PERKASA SISWA MENGADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (MPP UMK)
 
Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi libat urus yang sangat bermakna bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPP UMK).
 
Sesi ini dihadiri oleh 25 orang MPP UMK yang membawa cadangan dan melihat kolaborasi di antara Yayasan Perkasa Siswa dan MPP
Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh Encik Muhammad Adli Jamiri, Eksekutif Sumbangan dan Bantuan yang telah menerangkan beberapa perkara yang berkaitan tentang penubuhan dan peranan Yayasan Perkasa Siswa. Sesi libat urus ini juga menjadi bukti hubungan erat antara Yayasan Perkasa Siswa bersama kepimpinan pelajar di universiti.
 
 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) BERSAMA RAKAN STRATEGIK

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) BERSAMA RAKAN STRATEGIK 1
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) BERSAMA RAKAN STRATEGIK 2
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) BERSAMA RAKAN STRATEGIK 3
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) BERSAMA RAKAN STRATEGIK 4
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) BERSAMA RAKAN STRATEGIK
 
Sesi memeterai Memorandum Persefahaman antara Yayasan Perkasa Siswa (YPS) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sempena majlis Malam Penghargaan Rakan Kerjasama Strategik YSS pada 19 Februari 2025.
 
Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif , mewakili YPS ke majlis ini yang disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, bertempat di Vivatel Hotel Kuala Lumpur.
 

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)