NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN V2
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN V2.2
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN V2.1
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN
11 Oktober 2024, Muar Johor – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi santuni waris Allahyarham Muhammad Akmal, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan di UiTM Dungun yang maut kemalangan jalan raya pada 9 Oktober 2024. Nahas tersebut turut meragut nyawa dua orang lagi rakan Allahyarham yang juga merupakan pelajar UiTM Dungun.
Jenazah Allahyarham Muhammad Akmal yang merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik telah selamat dikebumikan pada 10 Oktober 2024 di tanah Perkuburan Kg Parit Baru, Muar, Johor.
Di kesempatan ini, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di samping menyampaikan sumbangan Bantuan Khairat Kematian oleh Yayasan Perkasa Siswa.
Sesi ziarah ini turut dihadiri bersama oleh Prof.Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi serta Yayasan Perkasa Siswa.
 

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN

NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN1
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN2
NAHAS KEMALANGAN MAUT PELAJAR UiTM DUNGUN
Pada petang Rabu, 8 Oktober 2024, kami kehilangan seorang pelajar Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA Kampus Dungun, Terengganu Allahyarham Ku Adib Aizad bin Ku Azmi, yang telah meninggal dunia akibat terlibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diadakan di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Seri Pristana, Sungai Buloh pada Jumaat, 11 Oktober 2024. Bantuan khairat kematian diserahkan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa kepada waris Allahyarham. Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut adalah En Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa dan YBhg. Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bagi menyerahkan sumbangan.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ku Adib Aizad bin Ku Azmi. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA TIGA (3) PENUNTUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS DUNGUN

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA TIGA (3) PENUNTUT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KAMPUS DUNGUN

Warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tiga (3) penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu yang terlibat dalam insiden kemalangan semalam:
Allahyarham Khairil Anwar bin Jamaludin
Fakulti Perakaunan;
Allahyarham Ku Adib Aizad bin Ku Azmi
Fakulti Perakaunan; dan
Allahyarham Muhammad Akmal bin Md Tukirin
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman.
Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa
#MalaysiaMadani #YayasanPerkasaSiswa #kementerianpendidikantinggi #jabatanpendidikantinggi

UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”

UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”
UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”1
UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”3
UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”4
UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”5
UiTM DESTINASI KE-2 “IN PERSON WITH DOC ZAM”
01 Oktober 2024 | Shah Alam
YB Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir telah meneruskan program “In Person With Doc Zam” bertempat di UiTM Shah Alam, siri interaksi yang memberikan beliau peluang untuk berkongsi amanat dan berdialog bersama para mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Pada sesi kemasukan 2024/2025 ini, UiTM telah menerima sejumlah 42,000 orang mahasiswa baharu yang akan memulakan pengajian mereka di kesemua kampusnya di seluruh negara.
Penganjuran siri ke-2 ini, bersempena kemuncak kepada Minggu Destini Siswa (MDS) yang merupakan program orientasi yang diwajibkan kepada semua pelajar baharu UiTM, yang bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kampus, tetapi juga memastikan kejayaan akademik dan pembangunan sahsiah yang menyeluruh.
Destinasi ke-2 selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sesi tengah hari tadi telah dihadiri secara fizikal oleh lebih 5,000 orang mahasiswa di UiTM Shah Alam, dan disertai puluhan ribu lagi mahasiswa lain melalui penstriman langsung di kampus masing-masing.
Sama seperti pengisian sebelum ini, ruang “In Person With Doc Zam” turut mengisahkan perjalanan dan pengalaman YB Menteri sedari kecil hingga kini untuk dijadikan inspirasi, di samping menerangkan harapannya terhadap masa depan pendidikan tinggi negara.
Terdahulu, YB Menteri telah turut menyampaikan bantuan kepada para mahasiswa baharu UiTM yang layak dan berkeperluan hasil sumbangan Yayasan Perkasa Siswa (YPS) bagi mengurangkan beban sara diri mereka di universiti.

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI HADIR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA BAHARU BERKEPERLUAN DI UIAM

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI HADIR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA BAHARU BERKEPERLUAN DI UIAM
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI HADIR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA BAHARU BERKEPERLUAN DI UIAM1
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI HADIR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA BAHARU BERKEPERLUAN DI UIAM2
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI HADIR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA BAHARU BERKEPERLUAN DI UIAM3
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI HADIR MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA BAHARU BERKEPERLUAN DI UIAM
01 Oktober 2024 | Gombak
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menghadiri sesi dialog bersama pelajar baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi akademik 2024/2025.
Program ini berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan (ICC) di Kampus Gombak UIAM dan merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena minggu taaruf bagi pelajar baharu.
Seramai 4,583 pelajar telah menyertai sesi dialog ini, di mana mereka berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Timbalan Menteri.
Pada majlis yang sama, beliau telah menyerahkan bantuan kewangan kepada beberapa orang pelajar baharu di situ, pelajar kategori B40 melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS) bagi kumpulan pertama.
Selain itu, seramai 65 pelajar baharu berkeperluan turut menerima Bantuan Pendidikan dan Bantuan Care4u daripada YPS dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM25,000.
Sesi ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara pelajar dan kementerian, serta memastikan suara dan keperluan pelajar didengari.
Hadir sama Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, Prof. Dr. Akmal Khuzairy Abd Rahman, Pengurus YPS, En Kaliyapan Rajakumaran, serta pegawai kanan UIAM dan KPT bersama para pelajar UIAM.
 

IN PERSON WITH DOC ZAM DI UKM

IN PERSON WITH DOC ZAM DI UKM – 28 SEPTEMBER 2024
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hadir ke sesi “In Person With Doc Zam” bersama lebih 5,000 pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi akademik 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, petang tadi.
Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, En. Hirman Awang.
Program yang julung kali diadakan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara mahasiswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selain memberi ruang dan peluang kepada pelajar baharu untuk berinteraksi secara langsung dengan menteri.
Pada sesi ini, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry telah berkongsi perjalanan hidup beliau bermula dari zaman persekolahan sehingga beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi.
Antara yang ditekankan oleh YB menteri dalam ucapannya adalah beliau mengingatkan kepada pelajar baharu agar menceburkan diri dalam persatuan pelajar bagi meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri.
Katanya, melalui kelab dan persatuan, pelajar dapat mengasah bakat dan menilai potensi diri kerana salah satu ciri pemimpin adalah sifat tanggungjawab dan keyakinan diri dalam membuat keputusan.
Inisiatif ini akan diteruskan ke UA yang lain dalam masa terdekat, bagi memastikan setiap pelajar baharu berpeluang mendapatkan maklumat dan mendengar pandangan langsung daripada pihak kementerian.
Hadir sama ialah Penasihat Khas KPT merangkap Ahli Lembaga Pengarah UKM, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie; Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Dr Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Encik Ahmad Rizal Adnan; Timbalan-timbalan Naib Canselor UKM dan Universiti Awam serta Pengurusan Tertinggi KPT dan Universiti.

BANTUAN KHAS BENCANA BAGI RUMAH PELAJAR KEBAKARAN DI DEWAN SURAU MAWAR, KPG HILIR SIBU, SARAWAK

BANTUAN KHAS BENCANA BAGI RUMAH PELAJAR KEBAKARAN DI DEWAN SURAU MAWAR, KPG HILIR SIBU, SARAWAK | 27 September 2024
Hari ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkesempatan menyantuni mangsa kebakaran saudari Nur Fatihah Bt Sophian bersama Timbalan Pengarah PKP, Pn Elina Jelani serta pasukan Kor SISPA UNIMAS dan APM Sibu. Rumah pelajar hangus sepenuhnya pada 22 September yang lepas dan kini menetap di pusat penempatan sementara di Dewan Surau Darul Mawar, Kpg Hilir Sibu.
Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili oleh Pihak HEPA, UNIMAS yang telah menyalurkan Bantuan Khas Bencana berjumlah RM5000 kepada pelajar bagi meringankan beban keluarga dan persediaan untuk balik ke kampus. UNIMAS turut membekalkan Meal Ready to Eat (MRE) sebanyak 30 kotak dan bantuan musibah kebakaran berjumlah RM500 kepada pelajar.
Semoga semua urusan pelajar dan keluarga dipermudahkan. Amin.
 

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DAN PEMBERIAN CERMIN MATA PERCUMA UNTUK WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DAN PEMBERIAN CERMIN MATA PERCUMA UNTUK WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Yayasan Perkasa Siswa dengan kerjasama Rakan Strategik Yayasan, Halo Optical telah menganjurkan Program Pemeriksaan Mata dan Pemberian Cermin Mata Percuma khusus untuk warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 10 September 2024 sehingga 12 September 2024 bertempat di Lobi KPT.
Sebanyak 400 unit cermin mata percuma diberikan kepada warga KPT dan program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga KPT.
Diharapkan inisiatif daripada pihak Yayasan Perkasa Siswa dengan kerjasama Rakan Strategik Halo Optical ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutama kepada warga KPT.
Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Khas untuk Pelajar & Staf IPT/KPT
JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Berita Baik! Jimat BESAR dengan GMAT!
✅ Masukkan kod promo MYSISWAYPS di laman web Gmat.com.my
✅ Bandingkan Insurans Kereta dan Cukai Jalan Anda & Jimat Hingga 30%
✅ Bayar Kemudian dengan Atome dalam 3 Ansuran Mudah
✅ Pengguna Baru Atome Nikmati Diskaun RM15!
✅ Dapatkan Baucar RM30 Grab
Lebih Jimat Hanya Untuk Anda!
 

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA1
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA4
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA2
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA
27 Ogos 2024. Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA) telah menerima kunjungan dari Yayasan Perkasa Siswa. Tujuan kunjungan ini adalah bagi menyampaikan bantuan kewangan secara one off kepada pelajar-pelajar LTA yang layak. Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa, En Hirman bin Awang dan disaksikan oleh Pengarah Langkawi Tourism Academy, Pn Rohana binti Sahak, Timbalan Pengarah (Pengurusan) LTA, En Mohd Tasuan bin Piahat, Timbalan Pengarah (Akademik) LTA, Pn Nor Maizura binti Ibrahim dan Pegawai Biasiswa LTA, Pn Khairul Nisak Abd Latip. Turut Hadir adalah Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal pelajar, En Kaliyapan Rajakumaran dan Pn Emylia Shakira binti Jamean. Moga bantuan yang telah disampaikan ini dapat membantu pelajar meringankan beban dan dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai pelajar di LTA.

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)