SEDIH TETAPI ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA
 
Pada 1 Januari 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih tentang kehilangan seorang pelajar Tahun 1 Jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Allahyarham Muhammad Irfan bin Abdul Latif, yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan pada 26 Disember 2024.
 
Atas tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran dan Mejar Khairul Amri bin Hasim bersama-sama dengan YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor UMT, YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor UMT (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Encik Fadli bin Mamat, Ketua Pentadbiran HEPA UMT turut hadir dalam sesi ziarah tersebut.
 
Sesi penyerahan Bantuan Khairat Kematian telah disampaikan oleh Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran mewakili pihak Yayasan Perkasa Siswa kepada bapa Allahyarham iaitu Encik Abd Latif bin Hassan di Cheras, Kuala Lumpur pada hari yang sama.
 
Dalam suasana hiba ini, semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini. Amin.