Leukimia bukan penghalang untuk Farhan menduduki peperiksaan akhir
Walaupun diuji dengan penyakit leukimia, saudara Muhammad Farhan bin Misron@Misni, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) tetap cekal menjalani kehidupan.
Saudara Farhan tidak menjadikan penyakit yang dialami sebagai penghalang daripada menduduki peperiksaan akhir yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh bapa dan kakak sulung beliau sewaktu sesi ziarah dan penyerahan sumbangan kebajikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang di Hospital Ampang pada 12 Jun 2024. Turut sama hadir adalah Pn Ts. Salhana binti Sahidin@Salehudin, Timbalan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah.
Kagum dengan semangat yang ditunjukkan, Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan agar Saudara Farhan dikurniakan kesembuhan bagi menyambung semula pengajian dan kembali sihat seperti sedia kala.