HILANGNYA SEORANG PERMATA YANG DISAYANGI RAMAI
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Umie Elysha Lyana binti Basharuddin, pelajar tahun tiga Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2024 bersamaan 6 Zulhijjah 1445H akibat kemalangan jalan raya.
Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Perkasa Siswa turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah dan bantuan khairat kematian untuk waris diserahkan sendiri oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah. Turut hadir bersama adalah Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa serta warga Yayasan mendoakan agar roh Allahyarhamah Umie Elysha Lyana dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman.