IN PERSON WITH DOC ZAM DI UKM

IN PERSON WITH DOC ZAM DI UKM – 28 SEPTEMBER 2024
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hadir ke sesi “In Person With Doc Zam” bersama lebih 5,000 pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi akademik 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, petang tadi.
Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, En. Hirman Awang.
Program yang julung kali diadakan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara mahasiswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selain memberi ruang dan peluang kepada pelajar baharu untuk berinteraksi secara langsung dengan menteri.
Pada sesi ini, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry telah berkongsi perjalanan hidup beliau bermula dari zaman persekolahan sehingga beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi.
Antara yang ditekankan oleh YB menteri dalam ucapannya adalah beliau mengingatkan kepada pelajar baharu agar menceburkan diri dalam persatuan pelajar bagi meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri.
Katanya, melalui kelab dan persatuan, pelajar dapat mengasah bakat dan menilai potensi diri kerana salah satu ciri pemimpin adalah sifat tanggungjawab dan keyakinan diri dalam membuat keputusan.
Inisiatif ini akan diteruskan ke UA yang lain dalam masa terdekat, bagi memastikan setiap pelajar baharu berpeluang mendapatkan maklumat dan mendengar pandangan langsung daripada pihak kementerian.
Hadir sama ialah Penasihat Khas KPT merangkap Ahli Lembaga Pengarah UKM, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie; Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Dr Mohd Zaidi Md Zain@Zakaria; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Encik Ahmad Rizal Adnan; Timbalan-timbalan Naib Canselor UKM dan Universiti Awam serta Pengurusan Tertinggi KPT dan Universiti.

BANTUAN KHAS BENCANA BAGI RUMAH PELAJAR KEBAKARAN DI DEWAN SURAU MAWAR, KPG HILIR SIBU, SARAWAK

BANTUAN KHAS BENCANA BAGI RUMAH PELAJAR KEBAKARAN DI DEWAN SURAU MAWAR, KPG HILIR SIBU, SARAWAK | 27 September 2024
Hari ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkesempatan menyantuni mangsa kebakaran saudari Nur Fatihah Bt Sophian bersama Timbalan Pengarah PKP, Pn Elina Jelani serta pasukan Kor SISPA UNIMAS dan APM Sibu. Rumah pelajar hangus sepenuhnya pada 22 September yang lepas dan kini menetap di pusat penempatan sementara di Dewan Surau Darul Mawar, Kpg Hilir Sibu.
Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili oleh Pihak HEPA, UNIMAS yang telah menyalurkan Bantuan Khas Bencana berjumlah RM5000 kepada pelajar bagi meringankan beban keluarga dan persediaan untuk balik ke kampus. UNIMAS turut membekalkan Meal Ready to Eat (MRE) sebanyak 30 kotak dan bantuan musibah kebakaran berjumlah RM500 kepada pelajar.
Semoga semua urusan pelajar dan keluarga dipermudahkan. Amin.
 

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DAN PEMBERIAN CERMIN MATA PERCUMA UNTUK WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA DAN PEMBERIAN CERMIN MATA PERCUMA UNTUK WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Yayasan Perkasa Siswa dengan kerjasama Rakan Strategik Yayasan, Halo Optical telah menganjurkan Program Pemeriksaan Mata dan Pemberian Cermin Mata Percuma khusus untuk warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 10 September 2024 sehingga 12 September 2024 bertempat di Lobi KPT.
Sebanyak 400 unit cermin mata percuma diberikan kepada warga KPT dan program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga KPT.
Diharapkan inisiatif daripada pihak Yayasan Perkasa Siswa dengan kerjasama Rakan Strategik Halo Optical ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutama kepada warga KPT.
Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT

JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Khas untuk Pelajar & Staf IPT/KPT
JOM PERBAHARUI INSURAN & CUKAI JALAN @ GMAT
Berita Baik! Jimat BESAR dengan GMAT!
✅ Masukkan kod promo MYSISWAYPS di laman web Gmat.com.my
✅ Bandingkan Insurans Kereta dan Cukai Jalan Anda & Jimat Hingga 30%
✅ Bayar Kemudian dengan Atome dalam 3 Ansuran Mudah
✅ Pengguna Baru Atome Nikmati Diskaun RM15!
✅ Dapatkan Baucar RM30 Grab
Lebih Jimat Hanya Untuk Anda!
 

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA1
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA4
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA2
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN ONE OFF OLEH YAYASAN PERKASA SISWA
27 Ogos 2024. Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi (LTA) telah menerima kunjungan dari Yayasan Perkasa Siswa. Tujuan kunjungan ini adalah bagi menyampaikan bantuan kewangan secara one off kepada pelajar-pelajar LTA yang layak. Bantuan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Perkasa Siswa, En Hirman bin Awang dan disaksikan oleh Pengarah Langkawi Tourism Academy, Pn Rohana binti Sahak, Timbalan Pengarah (Pengurusan) LTA, En Mohd Tasuan bin Piahat, Timbalan Pengarah (Akademik) LTA, Pn Nor Maizura binti Ibrahim dan Pegawai Biasiswa LTA, Pn Khairul Nisak Abd Latip. Turut Hadir adalah Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal pelajar, En Kaliyapan Rajakumaran dan Pn Emylia Shakira binti Jamean. Moga bantuan yang telah disampaikan ini dapat membantu pelajar meringankan beban dan dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai pelajar di LTA.

PROGRAM ESG GLOBAL YOUNG LEADERS SUMMIT 2024 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PROGRAM ESG GLOBAL YOUNG LEADERS SUMMIT 2024 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
22 Ogos 2024
Konsep ESG memberi fokus kepada Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social, and Governance; ESG) dan ia membawa pendekatan yang selari dalam landskap global hari ini.
“Mengimbangi antara aktiviti pembangunan dengan kemampanan alam sekitar serta ekosistem bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya ia merupakan keperluan yang mendesak dalam menangani krisis alam sekitar yang kian berleluasa pada hari ini”.
Ucap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud ketika menyempurnakan perasmian Program Global Young Leaders Summit 2024 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini pagi tadi.
Kira-kira lebih 150 orang mahasiswa tempatan dan antarabangsa telah menyertai program itu dan akan berganding tangan menjalankan beberapa projek kelestarian alam di lokasi strategik sekitar negeri tersebut.
Program bertemakan “Nurturing Future Leaders for Ocean and Environmental Stewardship” yang diadakan selama empat (4) hari sehingga 25 Ogos 2024 itu adalah selaras dengan bidang tujahan UMT juga konsep Malaysia MADANI.
Tambah beliau, ESG ialah satu inisiatif untuk menerajui usaha bersepadu meningkatkan kemampanan melibatkan aspek penting seperti program sosial serta tadbir urus.
Malah, beliau turut menyeru supaya Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) turut serta dalam usaha menjayakan misi dan nilai teras ESG.
Pada majlis yang sama, beliau telah melancarkan buku baharu hasil garapan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain serta turut melancarkan kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat UMT.
Hadir sama Pengerusi Lembaga UMT, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod; serta Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, En. Hirman Awang juga merangkap Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.
 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN INTERNATIONAL STUDENT INVENTION, INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (ISIIDEC)

20 Ogos 2024 – Majlis Perasmian Penutupan International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (iSIIDEC) 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang diadakan di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam.
i-SIIDEC 2024 yang telah berlangsung pada 19 hingga 20 Ogos 2024 ini merupakan satu platform yang amat signifikan dan inovatif dengan potensi besar untuk mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.
Sebanyak 250 penyertaan yang menyertai i-SIIDEC 2024 ini terdiri dari kalangan Universiti Awam, Universiti Swasta, Kolej Vokasional, Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah-Sekolah Menengah.
Turut hadir bersama, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM, YBrs. Encik Hirman Awang @ Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Encik Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBhg. Prof. Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Pengarah Projek i-SIIDEC 2024.

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.1
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN.2
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
“Saya akan hadir konvokesyen ketika selesai pengajian di peringkat ijazah” demikian kata-kata Saudara Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein, pelajar dari Politeknik Banting, Selangor (PBS) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tragis ketika hendak ke raptai majlis konvokesyen pada 10 Ogos 2024 yang lalu. Kemalangan tersebut turut meragut nyawa dua (2) orang rakan karib yang sentiasa disisinya.
Atas dasar keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama-sama pihak PBS telah mengambil inisiatif dengan menyantuni Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein dan keluarga di kediaman mereka yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.
Penyerahan Bantuan Kemalangan telah diserahkan oleh Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh En. Muhammad Azam Raizal bin Shakroni kepada pelajar yang terlibat. Dalam sesi yang sama, Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menyerahkan skrol kepada waris mangsa dan mangsa kemalangan.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa mendoakan agar Saudara Muhammad Sirajudden Shah bin Jahir Hussein cepat sembuh dan berjaya melanjutkan Pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
 

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN

ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN2
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN1
ISTIADAT KONVOKESYEN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
Pada pagi Sabtu, 10 Ogos 2024, kami kehilangan seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Banting Selangor, Mendiang Dinesh Raj A/L Subramaniam, yang telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diadakan di kediaman keluarga Mendiang di Pandan Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis, 22 Ogos 2024. Bantuan Khairat kematian diserahkan oleh En. Muhammad Azam Raizal bin Shakroni dari Yayasan Perkasa Siswa kepada waris Mendiang. Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut adalah Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam menyerahkan skrol kepada waris.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mendiang Dinesh Raj A/L Subramaniam. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.

i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL

i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL1
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL2
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL3
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL4
i-FUTURE 2024 BERJAYA MEWUJUDKAN RANGKAIAN KEPIMPINAN MAHASISWA DI PENTAS GLOBAL
“Saya berharap agar salah seorang dalam kalangan peserta iFUTURE 2024 ini, pada masa akan datang, akan muncul seorang pemimpin negara yang hebat, seorang yang mempunyai pengaruh yang besar, yang mampu merubah masa depan negara dan juga masyarakat dunia’.
Inilah harapan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir kepada 1000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negara yang telah mengikuti persidangan iFUTURE 2024 selama tiga (3) hari, sebuah acara pertama kali diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertempat di WTCKL bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2024.
Merasmikan penutupan persidangan tersebut, beliau juga berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan setiap isi perkongsian dan diskusi dari para panelis untuk memperkuat bakat kepemimpinan mereka.
Malah, kesinambungan ukhuwah yang terbina sesama mereka daripada pertemuan di iFUTURE 2024 ini turut membawa kepada penubuhan majlis Global Student Unity Network (GSUN) yang akan menjadi jaringan kerjasama serta pembangunan program kepimpinan mahasiswa antarabangsa.
Pada perasmian iFUTURE 2024 pada 16 Ogos yang lalu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga mengajak para peserta untuk terus berani menyuarakan isu-isu nasional dan global seperti kemanusiaan, rasuah, kelestarian alam, jurang kemiskinan berpandukan pada prinsip dan nilai yang teguh..
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut hadir menyampaikan ucaptama pada hari kedua iFUTURE 2024, juga menyeru mahasiswa untuk bangkit dan bersatu dalam mengorak langkah bagi merubah hala tuju masa depan dunia.
Yayasan Perkasa Siswa turut terlibat sebagai penganjur dan penganjuran ini juga telah mendapat dukungan dari Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM), Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta berhasil mengumpulkan lebih dari 1000 pemimpin mahasiswa dari dalam dan luar negeri yang berasal dari 46 negara.
 

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)