KEHILANGAN YANG MENYAYAT HATI

KEHILANGAN YANG MENYAYAT HATI 1
KEHILANGAN YANG MENYAYAT HATI 2
 
KEHILANGAN YANG MENYAYAT HATI
 
Pada 26 Disember 2024, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih tentang kehilangan seorang pelajar Tahun 2 Jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Allahyarhamah Nillida Salsabil warganegara Indonesia yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Disember 2024.
Atas tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa telah berkesempatan menziarahi waris keluarga di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan turut menyampaikan Bantuan Khairat Kematian.
 
Sesi penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Adli bin Jamiri mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada Waris Allahyarhamah iaitu Abrar Muda.
Dalam suasana hiba ini, semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi ujian ini. Amin.
 
 

SESI ZIARAH DAN MENYANTUNI PELAJAR UITM, SHAH ALAM YANG DITIMPA KEMALANGAN

 
SESI ZIARAH DAN MENYANTUNI PELAJAR UITM, SHAH ALAM YANG DITIMPA KEMALANGAN
 
Pada 19 Disember 2024, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Suhaimi dan Saudara Muhammad Faqrul Hafiz Bin Abdul Majid, pelajar Tahun 2 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Hospital Shah Alam.
Kedua-dua pelajar UiTM tersebut telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di lokasi berdekatan Simpang Medan Selera Flat PKNS Seksyen 7 menghala pagar utama UiTM, Shah Alam pada 18 Disember 2024.
 
Saudara Muhammad Arif Fahmi bin Suhaimi telah mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan di kepala dan masih berada tidak sedarkan diri. Manakala, Saudara Muhammad Faqrul Hafiz bin Abdul Majid mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kanan.
 
Atas tanda keprihatinan, sesi ziarah dan juga bantuan sumbangan telah disampaikan oleh pegawai Encik Wan Ahmad Rahiman bin Wan Abd Rahim wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam yang turut disertai oleh Mejar Khairul Amri Hasim mewakili pihak Yayasan Perkasa Siswa.
 
Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan takziah atas musibah tersebut. Semoga Saudara Arif Fahmi dan Faqrul Hafiz terus kuatkan semangat dalam menjalani proses rawatan pemulihan dan kembali sihat seperti sedia kala. In Shaa Allah.
 

ADAM MUKHLIS PELAJAR AKTIF DAN SANGAT DISENANGI RAKAN

ADAM MUKHLIS PELAJAR AKTIF DAN SANGAT DISENANGI RAKAN 1
ADAM MUKHLIS PELAJAR AKTIF DAN SANGAT DISENANGI RAKAN 2
 
ADAM MUKHLIS PELAJAR AKTIF DAN SANGAT DISENANGI RAKAN
 
Pada 19 Disember 2024, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih tentang kehilangan seorang pelajar Tahun 2 Jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Allahyarham Muhammad Adam Mukhlis bin Noor Azmer, yang telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit eczema yang teruk dan serangan jangkitan kuman dalam tubuh.
 
Atas tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa bersama-sama dengan YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), para pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar serta pensyarah Fakulti daripada UTeM turut hadir dalam lawatan ziarah tersebut.
 
Sesi penyerahan Bantuan Khairat Kematian telah disampaikan oleh Encik Mohd Fitri bin Osman mewakili pihak Yayasan Perkasa Siswa kepada bapa Allahyarham iaitu Encik Noor Azmer bin Mohd Yusoff di Klang, Selangor pada hari yang sama.
 
Dalam suasana hiba ini, semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini. Amin.
 
 
 

SESI SERAHAN BANTUAN BENCANA SEMASA OPERASI SKUAD IHSAN MADANI KPT – MISI BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR DI KELANTAN

SESI SERAHAN BANTUAN BENCANA SEMASA OPERASI SKUAD IHSAN MADANI KPT – MISI BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR DI KELANTAN 1
SESI SERAHAN BANTUAN BENCANA SEMASA OPERASI SKUAD IHSAN MADANI KPT – MISI BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR DI KELANTAN 2
SESI SERAHAN BANTUAN BENCANA SEMASA OPERASI SKUAD IHSAN MADANI KPT – MISI BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR DI KELANTAN 3
SESI SERAHAN BANTUAN BENCANA SEMASA OPERASI SKUAD IHSAN MADANI KPT – MISI BANTUAN PASCA BENCANA BANJIR DI KELANTAN
 
Pada 19 Disember 2024, pihak Yayasan Perkasa Siswa bersama-sama YBrs. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan para pegawai Universiti Malaysia Kelantan (UMK) serta Sekretariat Majlis Keusahawanan Universiti Malaysia (MASKUM) berkesempatan menyertai Operasi Skuad Ihsan MADANI KPT di USM (Kampus Kesihatan), Kubang Kerian, Kelantan bagi menyampaikan bantuan bencana kepada mahasiswa UMK yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.
 
Encik Hirman bin Awang selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa juga merangkap Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menyampaikan Bantuan Khas Bencana berjumlah RM14,000 kepada 17 mahasiswa UMK yang terjejas. Pihak UMK turut membekalkan 17 kotak bantuan makanan kering yang bernilai RM100 kepada para mahasiswa.
 
Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan takziah atas musibah tersebut. Semoga segala urusan para mahasiswa dan keluarga dipermudahkan. Amin
 
 
 

XUE ZHI ADALAH SEORANG PELAJAR YANG SANGAT BAIK DAN AKTIF

XUE ZHI ADALAH SEORANG PELAJAR YANG SANGAT BAIK DAN AKTIF 1
XUE ZHI ADALAH SEORANG PELAJAR YANG SANGAT BAIK DAN AKTIF 2
XUE ZHI ADALAH SEORANG PELAJAR YANG SANGAT BAIK DAN AKTIF 3
“XUE ZHI ADALAH SEORANG PELAJAR YANG SANGAT BAIK DAN AKTIF”
 
Pada hari Selasa, 3 Disember 2024, kami mendapat berita tentang kehilangan seorang pelajar tahun kedua (semester 3), Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mendiang Kiew Xue Zhi yang telah meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan di Cyberjaya.
 
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah disampaikan kepada bapa mendiang selaku waris mendiang Kiew Xue Zhi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada hari Rabu, 4 Disember 2024.
Bantuan khairat kematian telah diserahkan oleh Mejar Khairul Amri bin Hasim sebagai wakil daripada Yayasan Perkasa Siswa.
 
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga mendiang.
 
Semoga ahli keluarga mendiang kekal tabah menghadapi ujian ini.
 
 

SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA

SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA 1
SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA 2
SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA 3
SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA 4
SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA 5
SASAR KPT, INISIATIF BARU KEMENTERIAN MEMPERKASAKAN MAHASISWA
24 November 2024 | Lumut, Perak
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah melancarkan Program Siswa Aspirasi Rakyat Kementerian Pendidikan Tinggi (SASAR KPT) bersempena program In Person with Doc Zam@Lumut.
Majlis yang berlangsung di sini petang semalam telah dihadiri kira-kira 1,000 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta dari seluruh negara.
Inisiatif ini memperkenalkan tiga (3) domain berimpak tinggi iaitu; University-Community Social Enterprise (UCSE), Bakti MADANI dan Inspirasi Varsiti.
1. Program University-Community Social Enterprise (UCSE) – Mendorong mahasiswa menjalankan perniagaan sosial yang tidak hanya berorientasikan keuntungan, tetapi juga memberikan impak positif kepada masyarakat dengan penyertaan 32 IPT, 53 pasukan dan lokaliti serta 424 orang pelajar.
2. Program Bakti Madani – Mahasiswa melibatkan diri dalam program khidmat bakti siswa-komuniti yang akan melibatkan 20 Universiti Awam (UA), 1,600 orang pelajar, serta 3200 ahli komuniti serata negara.
3. Program Inspirasi Varsiti– Membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk merasai pengalaman alam universiti, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) yang akan melibatkan 20 UA, 100 buah sekolah, serta 2,000 orang pelajar.
Mengangkat tema “Pemerkasaan Mahasiswa Ke Arah Pembangunan Komuniti”, inisiatif ini dilaksanakan secara bersasar ke arah pemberdayaan rakyat sekali gus melahirkan siswa yang mampu menguasai intelek manusiawi berwatak glokal dalam menjuarai isu rakyat.

PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 – 31 DISEMBER 2024

PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 - 31 DISEMBER 2024 11
PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 - 31 DISEMBER 2024 12
PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 – 31 DISEMBER 2024
Berita baik untuk semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySiswaPlace.
Penebusan baucar buku boleh dibuat mulai 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Jom rebut peluang ini!
 

PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 – 31 DISEMBER 2024

PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 - 31 DISEMBER 2024 1
PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 - 31 DISEMBER 2024 2
PENEBUSAN BAUCAR BUKU RM100 BERMULA 30 OKTOBER 2024 – 31 DISEMBER 2024
Berita baik untuk semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), anda layak untuk menebus baucar buku di laman MySiswaPlace.
Penebusan baucar buku boleh dibuat mulai 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Jom rebut peluang ini!

SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN

SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 1
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 2
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 3
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN 4
SUMBANGAN PERANTI PROGRAM ZIARAH MADANI KPT@SEPANGGAR, BANTU PELAJAR FOKUS PENGAJIAN
9 November 2024 | Kota Kinabalu, Sabah
Keprihatinan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membantu pelajar kurang berkemampuan diteruskan melalui Program Ziarah MADANI KPT@Sepanggar yang dilaksanakan pada 9 November yang lalu, dengan matlamat memastikan pelajar B40 tidak tercicir dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar hadir menyampaikan bantuan peranti berbentuk komputer riba serta kotak makanan kepada pelajar memerlukan dengan fokus utama memastikan akses pendidikan lebih baik.
Inisiatif ini dijayakan menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS), sebuah yayasan di bawah KPT yang ditubuhkan sejak 2021 untuk menyantuni kebajikan pelajar.
Menurut YB Datuk Ts. Mustapha, program kali ini melibatkan pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu dan Politeknik Kota Kinabalu.
Kesemua mereka turut melahirkan rasa syukur kerana bantuan tersebut membolehkan mereka mengikuti pengajian dengan lebih baik tanpa gangguan.
YPS, selain memberikan bantuan peranti, turut menyediakan sumbangan tunai RM1,000 bagi pelajar B40 yang menghadapi kesulitan membayar yuran pendaftaran.
Usaha ini jelas menunjukkan keprihatinan KPT dan YPS dalam memastikan tiada pelajar ketinggalan, sekaligus memperkukuh agenda Kerajaan MADANI dalam membina masyarakat yang berdaya saing dan inklusif melalui pendidikan. Program ini turut disertai oleh Cik Idura Yaakop mewakili Yayasan Perkasa Siswa.
 

AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK

AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK 1
AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK 2
“AEISY MEMANG SEORANG ANAK YANG BAIK”
Pada hari Isnin, 4 November 2024, kami mendapat berita tentang kehilangan seorang pelajar tahun ketiga Jurusan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Allahyarham Aeisy Iskandar bin Mazlan, yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda prihatin, sesi serahan bantuan khairat kematian telah diberikan kepada waris Allahyarham iaitu Puan Hasma Lela binti Latif (Ibu) di Setapak Jaya, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 5 November 2024.
Bantuan khairat kematian diserahkan oleh Mejar Khairul Amri bin Hasim, wakil dari Yayasan Perkasa Siswa.
Dalam suasana hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini.

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)