SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 3
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 4
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
 
Pada 28 Jun 2025 (Ahad), Yayasan Perkasa Siswa telah menjalankan sesi libat urus bersama barisan kepimpinan mahasiswa Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil kelab serta persatuan pelajar.
 
Sesi ini bukan sekadar ruang untuk memperkenalkan peranan dan inisiatif Yayasan, malah menjadi platform untuk mendengar suara mahasiswa secara terus, tentang keperluan, harapan serta cabaran semasa yang mereka hadapi di kampus.
 
Pihak Yayasan turut berkongsi pelbagai bentuk sokongan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh mahasiswa dalam aspek kebajikan, pembangunan kapasiti, serta program berimpak tinggi yang mendokong agenda pendidikan holistik.
 
Yayasan Perkasa Siswa amat menghargai keterbukaan dan komitmen barisan kepimpinan mahasiswa dalam sesi ini. Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkasa demi membentuk ekosistem pendidikan tinggi yang lebih inklusif, progresif dan responsif kepada keperluan semasa.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Firdhaus
 
 

SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 1
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 3
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
 
Pada 29 Jun 2025 (Ahad), Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan satu sesi libat urus bersama barisan kepimpinan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota yang turut melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta wakil-wakil kelab/persatuan mahasiswa.
 
Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih dekat peranan dan inisiatif Yayasan dalam mendokong usaha pemerkasaan mahasiswa di institusi pendidikan tinggi. Di samping itu, pertemuan ini turut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Yayasan dan mahasiswa serta memperluas jangkauan maklumat terus kepada kumpulan sasar. Yayasan Perkasa Siswa komited untuk terus menyokong pembangunan holistik mahasiswa melalui kerjasama strategik dan pendekatan yang lebih inklusif.
 
Sesi libat urus ini diketuai oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai dari Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMK.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Firdhaus
 

SENTUHAN PRIHATIN: YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DI JERTEH, TERENGGANU

SENTUHAN PRIHATIN YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DI JERTEH, TERENGGANU 1
SENTUHAN PRIHATIN YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DI JERTEH, TERENGGANU 2
SENTUHAN PRIHATIN YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DI JERTEH, TERENGGANU 3
SENTUHAN PRIHATIN: YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DI JERTEH, TERENGGANU
 
Pada 29 Jun yang lalu, Yayasan Perkasa Siswa berkesempatan menyertai Program Ziarah Kasih KPT Prihatin bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di sekitar Jerteh, Terengganu.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa yang terlibat dalam tragedi yang berlaku baru-baru ini.
 
Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban, dan mendoakan agar mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Bagi mangsa yang masih menerima rawatan di hospital mahupun yang sedang berehat di rumah, kami mendoakan agar mereka segera diberikan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Foto Oleh: Unit Komunikasi Korporat KPT
 
 

ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025: CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA

ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025 CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA 1
ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025 CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA 2
ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025 CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA 3
ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025 CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA 4
ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025 CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA 5
ADIKARMA CAMPUS TOUR 2025: CERMINAN SENI & ASPIRASI MAHASISWA
 
Yayasan Perkasa Siswa dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan Kesenian Adikarma Universiti Sains Malaysia di atas penganjuran cemerlang program malam kebudayaan berprestij iaitu Adikarma Campus Tour 2025 yang telah diadakan di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM pada 28 Jun 2025.
Kumpulan kesenian ini telah berjaya memukau penonton dengan persembahan yang mempamerkan kekayaan warisan budaya Malaysia dan kreativiti luar biasa mahasiswa dari USM.
 
Adikarma Campus Tour 2025 ini telah dirasmikan oleh Professor Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM, yang juga turut menzahirkan komitmen universiti dalam memupuk bakat mahasiswa.
 
Turut hadir sebagai wakil dari pihak Yayasan Perkasa Siswa ialah Encik Zulkifli bin Che Hussin selaku Pengurus Kolaborasi & Strategik. Yayasan menyokong sepenuhnya usaha dan inisiatif bagi mendorong pembangunan bakat dan pemerkasaan budaya dalam kalangan mahasiswa. Naratif budaya yang dibawa menerusi program ini berperanan sebagai “wardah penyampaian” iaitu jambatan yang menyatukan masyarakat melalui seni dan warisan.
 
Semoga semangat kecintaan terhadap seni dan budaya akan terus berkembang subur dalam sanubari mahasiswa, seterusnya membentuk masyarakat yang berbudaya dan berinspirasi.
 
Laporan oleh: Amirah
Foto oleh: Firdhaus
 

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH

YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 4
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 5
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH 6
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA KOTA BELUD, SABAH
 
Satu sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah diadakan pada 28 Jun 2025 (Sabtu) di Daerah Kota Belud, Sabah. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban bakal mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, selain menyokong semangat dan tekad mereka dalam meneruskan perjalanan akademik.
 
Yayasan Perkasa Siswa (YPS) turut serta dalam sesi ini bersama-sama Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, bagi menyampaikan surat tawaran kemasukan serta sumbangan kepada para penerima di kediaman masing-masing. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA JPT), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTM Sabah) dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK).
 
Memetik kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihak Yayasan mendukung sepenuhnya usaha menyantuni pelajar luar bandar ini bagi mengurangkan jurang akses kepada pendidikan tinggi, sekaligus memperkukuh pembangunan modal insan negara. Pihak Yayasan juga sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan awal pendidikan kepada para pelajar yang memerlukan.
 
 

SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 1
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 2
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 3
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 4
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 6
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 7
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 8
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 10
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 12
SESI LIBAT URUS YAYASAN PERKASA SISWA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
 
Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan satu sesi libat urus bersama kepimpinan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan kepimpinan kelab pelajar pada 26 Jun 2025 (khamis).
 
Sesi libat urus ini diadakan untuk memberi taklimat berkaitan peranan dan fungsi Yayasan Perkasa Siswa dalam menyokong dan mendukung agenda pemerkasaan mahasiswa. Selain itu, sesi libat urus ini diadakan untuk memastikan keterlihatan Yayasan sampai kepada setiap mahasiswa di IPT.
 
Sesi libat urus ini diketuai oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir bersama ialah Encik Shafie bin Umardi, Penolong Pendaftar Hal ehwal Pelajar & Alumni UMT mewakili TNC Hepa UMT, Saudara Aqasha Mukris bin Zainuri, Yang Dipertuan MPP UMT serta barisan kepimpinan pelajar UMT.
 

MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25)

MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25) 1
MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25) 2
MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25) 3
MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25) 4
MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25) 5
MAJLIS MAKAN MALAM BURHAN INSPIRATION’S NIGHT 2025 (BRIGHT 25)
 
Pada 18 Jun 2025, Kolej Burhanuddin Helmi (KBH), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menganjurkan “Burhan Inspiration’s Night 2025 (BRIGHT 25)”, majlis makan malam penuh gilang-gemilang bagi meraikan pelajar tahun akhir serta mahasiswa yang banyak menyumbang kepada pembangunan kolej.
 
Majlis tersebut menjadi lebih bermakna apabila menyantuni 50 orang tetamu istimewa dari kalangan anak-anak yatim dan penjaga dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi & Waled serta Rumah Bakti Al-Kausar.
 
Majlis telah disempurnakan oleh Encik Wong Min Zhi, Eksekutif Kanan dari Berjaya Care Foundation. Turut hadir ialah YBrs. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Puan Nur Amirah binti Mohd Agus, wakil Yayasan Perkasa Siswa, YBrs. Prof. Madya Chm. Dr. Nur Hasyareeda binti Hassan, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dan Saudara Muhammad Awliya bin Mohd Fauzi, Presiden Kesatuan Mahasiswa UKM.
 

SESI KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS (JPRK) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE YAYASAN PERKASA SISWA

SESI KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS (JPRK) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE YAYASAN PERKASA SISWA 1
SESI KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS (JPRK) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE YAYASAN PERKASA SISWA 2
SESI KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS (JPRK) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE YAYASAN PERKASA SISWA 3
SESI KUNJUNGAN HORMAT JAWATANKUASA PILIHANRAYA KAMPUS (JPRK) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE YAYASAN PERKASA SISWA
 
Pada 15 Mei 2025 (Jumaat), Yayasan Perkasa Siswa telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (JPRK) Universiti Utara Malaysia (UUM). Sesi Kunjungan Hormat ini adalah salah satu sesi di bawah program Bengkel dan Jelajah Aspirasi JPRK UUM ke beberapa agensi dan badan kerajaan. Sesi libat urus ini diadakan bertujuan bagi melihat perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) yang telah berlansung dan kejayaan pelaksanaan PRK di UUM. Sesi kunjungan hormat ini juga diadakan bagi menyampaikan penghargaan kepada Yayasan atas sumbangan yang telah diberikan kepada JPRK UUM bagi pelaksanaan pilihanraya kampus yang lalu.
 
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Adli bin Jamiri, Eksekutif Sumbangan dan Bantuan mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir dalam sesi ini Encik Muhammad Hariz Ahmad, Ketua Pengurusan dan Perancangan Strategik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dan Cik Saidatul Najwa binti Abdul Halim, Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar JPT.
 
 
 

SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN

SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN 1
SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN 2
SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN 3
SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN
 
Pada hari Isnin, 12 Mei 2025, Yayasan Perkasa Siswa telah menerima perkhabaran sedih berhubung insiden kebakaran rumah yang menimpa seorang pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), saudari Nur Jannatul Ilmiah binti Roslan.
 
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah ke kediaman pelajar di Masjid Kuala Terengganu pada Khamis, 15 Mei 2025. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kerosakan menyeluruh kepada struktur rumah dan menjejaskan kehidupan seisi keluarga.
 
Dalam sesi ziarah tersebut, sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang kepada pelajar dan keluarga bagi meringankan beban mereka.
 
Lawatan ini turut diiringi oleh Encik Mazlan bin Mohamad, Ketua Pentadbir (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Wan Shahrin Azwan bin Wan Sulaiman, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), serta Muhammad Irfan bin Mohd Asri, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
 
Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga saudari Nur Jannatul Ilmiah dan mendoakan agar mereka diberi kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
 

SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA

SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 1
SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 2
SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA
 
Pada hari Selasa, 6 Mei 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih mengenai kemalangan yang menimpa seorang pelajar Tahun 2 Jurusan Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah pada hari Ahad, 11 Mei 2025, di Hospital Sultanah Bahiyah untuk menziarahi saudara Muhammad Azimnur bin Mohd Fadzir.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi & Strategik, Yayasan Perkasa Siswa kepada keluarga pelajar.
 
Lawatan ini turut diiringi oleh Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, Penolong Naib Canselor dan Dekan (Kolej Perniagaan) , Dr. Mohd Hadzrami Harun Rasit, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta barisan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan sesi serahan bantuan kepada keluarga pelajar.
Semoga saudara Muhammad Azimnur bin Mohd Fadzir diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali meneruskan pengajian dengan penuh semangat.
 
Dalam suasana penuh hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada pelajar yang terlibat.
 
 

Menu Utama

Rakan Strategik

Hubungi Kami

IBU PEJABAT

Alamat:
Yayasan Perkasa Siswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 5, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P Putrajaya

Talian Tetap:
+603-8870 6803/6876/6857

Mengenai Kami

Yayasan Perkasa Siswa dahulunya dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Layari

Layari laman sesawang kami untuk mengetahui aktiviti terkini Yayasan Perkasa Siswa

Copyright © 2024 Yayasan Perkasa Siswa. All Rights Reserved

No. Pendaftaran Yayasan Perkasa Siswa (PPAB-47/2021)