KPT-SISWA UTeM PRIHATIN @ MELAKA 2026

Melaka, 26 Oktober 2026 – Program KPT-SISWA UTeM PRIHATIN @ MELAKA 2026 telah berlangsung di Masjid Al Wathoni, Bukit Larang, Telok Mas, Melaka dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut hadir, Encik Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Melaka, Profesor Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM.

Dalam program ini, seramai 27 orang mahasiswa UTeM telah menerima Bantuan Care4U daripada Yayasan Perkasa Siswa (YPS) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkasa kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, khususnya mereka yang memerlukan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi bersama YPS dalam memastikan aspek kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian, selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif, prihatin dan berpaksikan kesejahteraan siswa.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI