HARI BIASISWA@KOMBES: LEBIH 50 MAHASISWA DI MELAKA TERIMA BANTUAN CARE4U YAYASAN PERKASA SISWA

AYER KEROH, MELAKA: Lebih 50 orang mahasiswa di Melaka menerima Bantuan Care4U Yayasan Perkasa Siswa (YPS) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membantu meringankan beban dan menjaga kebajikan mahasiswa yang memerlukan.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, yang juga merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, bersama Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka, bersempena Program Hari Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi 2026.

Turut hadir menyaksikan sesi penyampaian ialah Puan Marhanum binti M. Haniff, Setiausaha Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UTeM, serta Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi dan Strategik, YPS.

Bantuan Care4U merupakan antara inisiatif YPS dalam memperkukuh jaringan kebajikan mahasiswa melalui penyampaian bantuan secara bersasar, khususnya kepada mahasiswa yang berdepan cabaran dan memerlukan sokongan.

YPS komited untuk terus memperkasakan kebajikan mahasiswa serta memastikan aspek kesejahteraan dan sokongan kepada golongan mahasiswa sentiasa diberikan perhatian sewajarnya.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI