7 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) terus mencatatkan kehadiran pengunjung yang memberangsangkan pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sejak awal penganjuran, Pavilion MAPIM menjadi antara lokasi tumpuan utama pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, pendidik, penyelidik serta peminat buku ilmiah. Sambutan yang semakin meningkat ini mencerminkan minat yang tinggi terhadap bahan bacaan berkualiti serta usaha berterusan dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

Hari terakhir penganjuran menyaksikan suasana yang masih meriah dengan kehadiran pengunjung yang memanfaatkan peluang untuk mendapatkan pelbagai penerbitan ilmiah, di samping menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh penerbit-penerbit terlibat.

MAPIM merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung dan pihak yang terlibat atas sokongan berterusan dalam menjayakan penganjuran PBAKL 2026, selaras dengan aspirasi memperkasa ekosistem ilmu dan penerbitan negara.

#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI