Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim semalam.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh ekosistem ilmu negara melalui penerbitan ilmiah, penyelidikan dan penghasilan karya berkualiti.
Sepanjang lawatan, beliau meninjau pelbagai penerbitan akademik serta hasil penyelidikan yang dipamerkan oleh institusi pendidikan tinggi dan penerbit tempatan. Penglibatan aktif IPT dalam PBAKL 2026 membuktikan peranan penting sektor pendidikan tinggi dalam memperkasa budaya ilmu dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat.
KPT akan terus menyokong usaha memartabatkan penerbitan ilmiah dan budaya membaca selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta pembangunan modal insan berpengetahuan dan berdaya saing.
#YPSPrihatin
#MalaysiaMADANI