


YB TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MENGUNJUNGI WARIS PELAJAR UNIMAS YANG DITIMPA MUSIBAH KEMALANGAN JALAN RAYA
Pada hari Ahad, 26 Januari 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih mengenai musibah kemalangan jalan raya yang menimpa empat orang pelajar Tahun 1 Program Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sebagai tanda keprihatinan, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, bersama-sama pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UNIMAS, telah turun padang untuk menyantuni waris mendiang Andrea Amelly William.
Sesi serahan bantuan khairat kematian telah disampaikan sendiri oleh YBTM kepada bapa mendiang, selaku waris, di kediaman mereka di Sabah pada hari Khamis, 30 Januari 2025.
Bantuan khairat kematian tersebut telah diserahkan oleh Encik Kaliyapan A/L Rajakumaran sebagai wakil daripada Yayasan Perkasa Siswa.
Semoga ahli keluarga kekal tabah menghadapi ujian ini.
Dalam suasana penuh hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada keluarga pelajar yang terlibat.