YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UMK
 
Pada 17 September 2025 (Rabu), Yayasan Perkasa Siswa telah menyampaikan Bantuan Pendidikan kepada Zikrulakha Alya binti Abu Rahim, bakal mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memberi dorongan awal untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Hirman bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK, YBrs. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMK, dan YBrs. Prof. Dr. Huzili bin Hussin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMK.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat untuk pelajar terus cemerlang dalam akademik.