YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: SOKONGAN DAN SUMBANGAN BUAT BAKAL MAHASISWA UNIMAP
Pada 3 Julai 2025 (Khamis), telah berlangsung sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi bakal mahasiswa UniMAP. Program ini bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah serta memberi sokongan moral kepada pelajar yang akan memulakan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Delegasi UniMAP diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Mustafa Albakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), bersama Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Syahmie Mohamad Rasidi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), barisan Timbalan Pengarah JHEP serta Saudara Muhammad Syamil Ramlan, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP.
Dalam kunjungan tersebut, UniMAP menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan pelajar. Majlis Perwakilan Pelajar turut menyerahkan sumbangan hasil kutipan warga UniMAP yang prihatin dan cakna terhadap keperluan rakan-rakan pelajar.
Laporan Oleh: Fitri
Foto Oleh: Pihak UniMAP