YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 1
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 2
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING 3
YAYASAN PERKASA SISWA PRIHATIN: KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG KE MENARA GADING
 
Satu sesi penyerahan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah diadakan pada 27 September 2025 di sekitar Sepanggar, Sabah, disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.
 
Dalam kesempatan tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada para mahasiswa melalui Yayasan Perkasa Siswa yang diwakili oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin selaku Pengurus Kolaborasi dan Strategik, yang turut serta dalam ziarah berkenaan. Turut hadir ialah wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Beliau menegaskan bahawa kesusahan hidup dan kekangan kewangan bukanlah halangan untuk anak-anak di kawasan Sepanggar melanjutkan pengajian ke menara gading. YB Timbalan Menteri turut berpesan kepada para penerima agar sentiasa berhubung dengan pejabat Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing sekiranya menghadapi sebarang kesulitan sepanjang pengajian.
 
Laporan Oleh: Nur Amirah
Gambar Oleh: Nur Amirah