



Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) telah membuka kaunter operasi bantuan YPS di PPS Masjid Putra Heights bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang pada 6 April 2025 bagi memberi peluang kepada pelajar IPT yang terkesan dan menjadi mangsa insiden kebakaran kebocoran saluran gas di Putra Heights dipermudahkan proses pendaftaran, pengesahan dan penyaluran sumbangan bantuan.
Sumbangan bantuan bernilai Rm2000 kepada setiap pelajar IPT ini dipercayai dapat membantu mereka mendepani ujian yang dihadapi, terutamanya bagi menampung kos kerugian laptop, ipad dan bahan akademik lain untuk kelangsungan pengajian mereka.
Bantuan ini disalur secara terus ke akaun bank pelajar dan juga disampaikan secara tunai kepada pelajar yang telah kehilangan/kerosakan mykad dan kad bank akibat kebakaran tersebut.
Sehingga jam 2.30petang tadi, seramai 85 orang pelajar IPT, termasuk dari Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti telah dikenalpasti dan didaftarkan sebagai penerima bantuan dan telah mula menerima penyaluran bantuan.
Turut hadir bagi sesi serahan bantuan ini adalah YBhg.Datuk Prof. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Tuan Hirman Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa.