SESI ZIARAH WARIS PELAJAR UMT DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA
Pada 3 Julai 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran duka pemergian seorang pelajar Tahun 1, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Allahyarhamah Siti Ain Balqis binti Hamdan yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.
Sebagai tanda keprihatinan, pihak Yayasan telah menziarahi keluarga Allahyarhamah di kediaman mereka di Gombak, Kuala Lumpur. Dalam ziarah tersebut, Bantuan Khairat Kematian telah disampaikan oleh wakil Yayasan, Encik Muhammad Adli bin Jamiri, kepada waris Allahyarhamah.
Dalam suasana yang penuh kesedihan ini, seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan warga Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.
Laporan Oleh: Fitri
Foto Oleh: Amirah / Adli