SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 1
SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA 2
SESI ZIARAH PELAJAR UUM DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA
 
Pada hari Selasa, 6 Mei 2025, Yayasan Perkasa Siswa menerima perkhabaran sedih mengenai kemalangan yang menimpa seorang pelajar Tahun 2 Jurusan Perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah pada hari Ahad, 11 Mei 2025, di Hospital Sultanah Bahiyah untuk menziarahi saudara Muhammad Azimnur bin Mohd Fadzir.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Che Hussin, Pengurus Kolaborasi & Strategik, Yayasan Perkasa Siswa kepada keluarga pelajar.
 
Lawatan ini turut diiringi oleh Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, Penolong Naib Canselor dan Dekan (Kolej Perniagaan) , Dr. Mohd Hadzrami Harun Rasit, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta barisan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan sesi serahan bantuan kepada keluarga pelajar.
Semoga saudara Muhammad Azimnur bin Mohd Fadzir diberikan kesembuhan segera dan dapat kembali meneruskan pengajian dengan penuh semangat.
 
Dalam suasana penuh hiba ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta seluruh warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan salam takziah kepada pelajar yang terlibat.