SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN 1
SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN 2
SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN 3
SESI ZIARAH PELAJAR UNISZA TERJEJAS BENCANA KEBAKARAN
 
Pada hari Isnin, 12 Mei 2025, Yayasan Perkasa Siswa telah menerima perkhabaran sedih berhubung insiden kebakaran rumah yang menimpa seorang pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), saudari Nur Jannatul Ilmiah binti Roslan.
 
Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Perkasa Siswa telah mengadakan sesi ziarah ke kediaman pelajar di Masjid Kuala Terengganu pada Khamis, 15 Mei 2025. Kebakaran tersebut telah menyebabkan kerosakan menyeluruh kepada struktur rumah dan menjejaskan kehidupan seisi keluarga.
 
Dalam sesi ziarah tersebut, sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa, Encik Hirman bin Awang kepada pelajar dan keluarga bagi meringankan beban mereka.
 
Lawatan ini turut diiringi oleh Encik Mazlan bin Mohamad, Ketua Pentadbir (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Wan Shahrin Azwan bin Wan Sulaiman, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), serta Muhammad Irfan bin Mohd Asri, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
 
Yayasan Perkasa Siswa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga saudari Nur Jannatul Ilmiah dan mendoakan agar mereka diberi kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.