SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA 1
SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA 2
SESI ZIARAH DAN PEMBERIAN SUMBANGAN DARI PIHAK YAYASAN PERKASA SISWA
 
Pada 21 Februari 2025, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudara Tengku Aqwan bin Tengku Mohd Al-Bazli, pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat (Fakulti Pelancongan) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
 
Saudara Tengku Aqwan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan pada 16 Februari yang lalu ketika berada di lorong motosikal.
 
Saudara Tengku Aqwan telah menjalani pembedahan di kepala dan dilaporkan telah ditidurkan untuk beberapa hari kerana kecederaan serius pada bahagian kepala dan mengalami pendarahan pada beberapa bahagian organ dalaman.
Sebagai tanda keperihatinan, sesi ziarah dan juga bantuan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azam Shakroni mewakili Yayasan Perkasa Siswa kepada ibu dan bapa pelajar.
 
Semoga saudara Tengku Aqwan diberi kekuatan dalam menghadapi fasa ini dan kembali pulih seperti sedia kala. Dan untuk seluruh ahli keluarga, semoga kekal tabah.