SESI ZIARAH DAN MENYANTUNI PELAJAR UITM, SHAH ALAM YANG DITIMPA KEMALANGAN
Pada 19 Disember 2024, wakil Yayasan Perkasa Siswa telah menziarahi Saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Suhaimi dan Saudara Muhammad Faqrul Hafiz Bin Abdul Majid, pelajar Tahun 2 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Hospital Shah Alam.
Kedua-dua pelajar UiTM tersebut telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di lokasi berdekatan Simpang Medan Selera Flat PKNS Seksyen 7 menghala pagar utama UiTM, Shah Alam pada 18 Disember 2024.
Saudara Muhammad Arif Fahmi bin Suhaimi telah mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan di kepala dan masih berada tidak sedarkan diri. Manakala, Saudara Muhammad Faqrul Hafiz bin Abdul Majid mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kanan.
Atas tanda keprihatinan, sesi ziarah dan juga bantuan sumbangan telah disampaikan oleh pegawai Encik Wan Ahmad Rahiman bin Wan Abd Rahim wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam yang turut disertai oleh Mejar Khairul Amri Hasim mewakili pihak Yayasan Perkasa Siswa.
Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Warga Yayasan Perkasa Siswa mengucapkan takziah atas musibah tersebut. Semoga Saudara Arif Fahmi dan Faqrul Hafiz terus kuatkan semangat dalam menjalani proses rawatan pemulihan dan kembali sihat seperti sedia kala. In Shaa Allah.